Bapa nak kebumi jnzh bayinya di kampung dihalang sebab tiada dokumen & wang

Urusan untuk mengebumikan arwh anak sepatutnya berjalan lancar, namun disebabkan beberapa perkara tertentu yang dianggap tidak masuk akal, lelaki ini tidak dibenarkan mengebumi anaknya di tanah perkubran di kampung yang didiaminya.

Perkara itu dikongsikan oleh Abam Botak melalui Facebooknya, membuatkan ramai netizen yang meluah rasa kesal terhadap pihak berkenaan.

“…pagi tadi terdapat satu jenzh bayi yang baru lahir telah menggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kub ur dan uruskan jnzh anaknya.

“Namun oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi, bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkubran dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang.

“Bahkan, untuk menguruskan jnzh bayi tersebut pun tidak dapat dibuat di kampung tersebut,” katanya.

Abam berkata, dia tidak akan mendedahkan nama kampung tersebut dan hatinya hancur remuk dengan perbuatan pihak kampung berkenaan yang tidak sepatutnya.

“Hati saya sangat hancur dan remuk ketika itu. Mereka itu beragama Islam, saudara seislam kita. Berapa sangatlah ruangan tanah yang akan digunakan untuk jnzh bayi yang baru lahir sehingga kita tergamak tidak menguruskan jnzh bayi tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, mujur ada pihak yang sudi membantu dan mengizinkan jnzh bayi itu dikebumikan di (TPI) Sim-sim, Sandakan.


“Ingatlah saudaraku, Allah tidak tanya apa negaramu nanti dan apa negaranya nanti. Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.

“Bolehkah kita ketepikan soal kewarganegaraan si m4ti dalam bab kema tian sebab si m4ti tidak boleh pun berbuat apa-apa dan tubuh badannya akan terus mereput dan membusuk jika kita tidak ingin menguruskannya,” katanya.

Sumber: mymediahub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.