Bawa Kamera Dan Promosi Youtube, Tanya Soalan Peribadi Bagai Itu Memang Tak BerakhIak – PU Amin Bersuara

Beberapa jam lalu tular di media sosial apabila adik kepada arwh Abam Bocey iaitu Ali Puteh memuatnaik status di Instagram beliau dan ditujukan kepada Aliff Syukri.

Difahamkan Ali Puteh tidak bersetuju dengan tndakan Aliff Syukri yang mengambil kesempatan di atas pmergian abangnya, Abam Bocey demi meraih keuntungan untuk saluran Youtubenya.

” Demi Yotube kekayaaan yang kau kejar, tapi adab agama kau langgar..makk..angah akan cari die mak..”

” Aliff Syukri, aku cabar kau jumpa aku dan keluarga. Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan!”, tulis Ali

Itu kata-kata menerusi entri yang dimuatnaik oleh pelawak Ali Puteh di Instagram sebentar tadi yang ternyata bengang dengan jutawan kosmetik tersebut.

Tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku, namun difahamkan ia ada kena mengena dengan soalan Aliff Syukri yang tidak sensitif ketika menemubual isteri arwh Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali.

Menerusi komen netizen juga mengatakan Aliff Syukri telah bertanyakan soalan yang tidak masuk akal yang melibatkan harta pusaka dan sebagainya kepada Hidayah.

” Dia tanya soalan macam-macam kt isteri arwh Abam, pasal harta, pasal kereta semua. Sibuk je tanya” tulis Hanif

Sejurus perkongsian Ali Puteh yang mencabar Aliff Syukri berjumpa, Pencetus Ummah (PU) Amin telah menulis komen di ruangan status terbaru di tulis Ali.

” Moga terus kuat Aliputeh89 . Kiri kanan depan belakang orang ambil kesempatan . Sabar Ali . Ada jalan nya . Bukan senang nak tempuh dugaan ini . Tapi bawa camera dan promosi youtube , tanya soalan peribadi bagai itu memang tak berakhlak .

” Alif Syukri kena minta maaf lah . Netizen bagi ruang keluarga ali selesaikan semua hal hal yang berkait . Inshaallah , jangan gangu privasi mereka . Bagi mereka ruang . Semunya akan jadi baik..” tulis PU Amin

Terdahulu Ali Puteh turut memuatnaik keratan gambar Aliff Syukri dengan ayat tertera ‘Melawat isteri Abam Bocey. Untuk melihat video yang lebih panjang korang boleh tengok dekat Youtube TV Terlajak Laris’..”

Perkongsian Ali puteh menunjukkan seperti dia tengah bengang dengan Dato’ Aliff Syukri berikutan dengan kes persengketaan antaranya dengan kakak ipar, difahamkan Aliff Syukri menjadi punca utama krisis ini.

Aliff Syukri sebelum ini ada muat naik live IG menunjukkan yang dia tengah melawat isteri kepada arwah Abam dan dikatakan dia tu adalah punca utama Ali bengang.

Menurut netizen yang menontonnya Aliff Syukri dan PA dalam live tersebut ada ‘salah bual’ dekat isteri arwah Abam. Masa dia melawat balu arwah Abam tetapi terlalu sibuk tanya pasal segala harta.

Mungkin disebabkan itulah Ali Puteh jadi bengang dengan Aliff Syukri dan muat naik lagi satu post cabar untuk bersua.

Ramai rakan artis yang turut terkejut dan netizen yang tak percaya dengan kenyataan yang Ali keluarkan.

Rata-rata netizen turut memberi reaksi kepada entri tersebut, malah ada yang bertanya apa punca sebenarnya yang menyebabkan Ali naik angin dengan Aliff Syukri.

” Dia macam paksa balu arwh Abam bersuara, soalan-soalan sangat tak masuk akal lahhh” kata Intan

” Dia boleh tanya pasal harta arwh..ceteknya otak dia ni..keluarga masih bersedih pi tanya soalan mcm tu”, kata Samsul

Sementara itu menerjah akaun Instagram Dato Aliff Syukri, beliau turut memuatnaik status bagi menjawab kata-kata Ali yang mencabar untuk bersemuka dengannya.

” Saya tak faham saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dari As Legacy Malaysia sebab saya lihat dia memerlukan dan bertanya khabar. Malah saya disambut baik oleh mereka.

” Semua soalan saya dah di setujui oleh mereka bukan saya suka-suka tanya (harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitviti orang)

” Tak kaya pun buat Youtube duit bayar duit minyak kete i jeee lepas. Memang saya bantu semua orang, kalau nak bincang baik-baik saya okay jerrr… kenapa macam nak gaduh??

Apapun, kita tunggu lah kenyataan daripada kedua-dua pihak pasal hal ni.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : IG Ali Puteh, IG Aliff Syukri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.