Bengang tak dapat duit beli da-dah, suami tendang maggie baru dimasak isteri

SETIAP wanita yang mendirikan rumah tangga  pastinya mahukan mahligai yang dibina itu akan kekal bahagia sampai ke akhir hayat.

Ada yang berjaya mencapai impian tersebut, namun ada juga yang kecundang di pertengahan jalan.

Bergelar seorang isteri kepada penagih dad4h bukan satu tugas yang mudah. Malah, kebanyakan perkahwinan yang dicemari dengan dad4h ini selalunya berakhir dengan penceraian.

Baru-baru ini viral di media sosial gambar memaparkan satu kuali maggie tumpah di atas lantai sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Rupa-rupanya kisah di sebalik maggie itu ada kaitan dengan kes penagihan dadah melibatkan ketua kepada keluarga berkenaan.

Menerusi perkongsian oleh sebuah page Facebook, si isteri meluahkan rasa terkilannya kerana suaminya sanggup menendang maggie yang menjadi hidangannya sekeluarga kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dad4h.

Ikuti perkongsian wanita itu di bawah:

SENGSARA SUAMI PENAGIH

Sudahlah kami ni miskin. Laki x boleh kerja, asyik menagih. Saya nak kerja tapi hanya boleh kerja kampung. Ambil upah kemas rumah orang kampung dan kerja2 kampung.

Jadilah sehari dapat Rm10. Nak kerja kilang ada anak kecik, anak 5 orang semua kecik2.

RM10 tu boleh beli apa sangat. Satu hari, saya beli maggie sebungkus besar dan telur 5 bijik untuk jamu anak. Sehari dapat makan sekali je.

Lepas tu suami tiba2 masuk rumah. Saya ajak dia makan tapi tiba2 dia mintak duit nk beli dad4h.

Saya kata tak ada duit, baru beli maggie untuk makan.

Dia mengamuk sebab x dapat duit, habis ditendangnya maggie yang baru masak.

Jangan cakap lah sebak di dada tu macam mana. Anak2 mengalir air mata. Lepas suami pergi, anak2 kutip ja maggie tu masuk mangkuk sambil makan dgn air mata meleleh.

Saya menyesal kawin dengan suami saya, andainya boleh putarkan waktu, baik saya bunu diri dari sengsara macam ni.

-stirfry-

Kisah ni fiksyen tapi berdasarkan situasi sebenar.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kasihan kepada wanita ini.

Dan ramai juga yang memintanya untuk membuat lapor polis seterusnya kepajabat agama bagi tuntutan fasakh

Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua supaya menjauhi najis dadah. Ingatlah, sekali kita terjebak pasti sukar untuk kembali ke pangkal jalan.

Kepada mereka yang sudah ada dalam dunia penagihan dadah, masih belum terlambat untuk anda bertaubat.

Jika ada keluarga, renung dan tataplah wajah anak atau isteri anda moga-moga terbit rasa menyesal dalam diri seterusnya berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber: taiping zone, terengganu voice

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*