Berdosakah kami kerana tiada anak? Bila group whatsapp bincang pasal anak masing2 kami berdiam diri saja smpai ada yg sindir kerana kami tidak response.

Maaf jika panjang. Semua ini untuk meluahkan apa yang selama ini terbuku di hati aku sebagai suami.Tak mudah nak berlagak tak de apa2 bila kita saja tak de zuriat, dan orang lain ada, rendah diri terutama di pihak perempuantu amatlah menyakitkan, ramai orang tak sedar hakikat ini, bukan semua orang tegar untuk tahan hati bila semua ini berlaku.Macam aku sendiri, kami pun belum ada zuriat, malah kami ni nak balik kampung pun segan, inikan pula tinggal sebelah rumah.

Bila adik beradik bergembira pamerkan bahagia dengan anak-anak masing-masing, kami ni hanya mampu melihat, lagilaa terasa rendah diri, sampai kalau boleh tak nak balik, namun dek kerana kasih akung kepada ibubapa dan adik beradik, kami balik dan abaikan rasa itu.Itu belum masuk ketika adik beradik plan berkelah bawa anak-anak masing-masing, kami ni nak bawa siapa? Keadaan ini amat memeritkan.

Rasa tak layak untuk join aktiviti family, belum masuk hari keluarga, rasa tersisih sungguh. Walaupun adik beradik berusaha untuk jaga hati kami, tapi hakikatnya, kami yang susah nak bertahan dalam menjeruk rasa, sebab itu kami lebih memilih cari haluan sendiri ketika adikberadik bergembira sesame mereka.Bab rezeki, bila kami ni tak de anak, duit kami adalah utk kami sendiri dan untuk diehsankan kepada orang lain jika sesuai dan mengikut budi bicara kami.

Janganlah cemburu dengan kelebihan ini, sebab kami tak de zuriat, dan duit dan harta ini adalah kelebihan kami untuk hiburkan hati yang sunyi,Takkanlaa kerana cemburu sebab kami ada kelebihan kewangan, kami kena korbankan rezeki kami untuk puaskan rasa cemburu orang yang ada anak, bersyukurlah dgn rezeki zuriat yang ada, kami tak dapat rezeki itu tapi Allah S.W.T. kurniakan kelebihan kewangan utk kami nikmati.

Adillaa kan?Malah berkat rezeki zuriat kamu dah ditetapkan, manakala kami berkat rezeki kami bergantung kepada jalan mana kami pilih untuk belanjakan.Dalam kes mawar ni, berdoalah agar kehidupan keluarga kamu kembali seperti dulu, walaupun mustahil, semua kena mainkan peranan, bila sekali hati disakiti, rasa ikhlas itu terhakis, rasa janggal makin menyengat malah sebagainya, perhubungan takkan menjadi seperti dulu.

Semuanya disebabkan Mawar terdengar ibu kamu dan adik beradik ipar kamu mengumpat dia dan mempersoalkan kelemahan dia dan paling worse, Mawar dikatakan MANDUL, tiada wanita yang sanggup buat tak tahu kalau itu datang dari mulut ibu mertua dia sendiri.Di sebalik rezeki yang dia sendiri korbankan utk ibu kamu, siapa tak marah dan berjauh hati andai akhirnya penghinaan dan umpatan yang diterima, tambah lagi dari orang yang kita selama ini buat baik.

Harga yang ibu kamu dapat dari apa yang berlaku dan ketidaksyukuran ibu kamu ialah hilangnya kemesraan dengan menantu dan hilangnya kelebihan mendapat menantu yang pemurah yang selama ini berbuat baik kepada dia sebab bukan tanggungjawab Mawar pun nak tolong keluarga kamu, semua itu atas ehsan dan tak berdosa pun. Andai Mawar tak nak bantu kerana tanggungjawab nak buat baik itu adalah ke atas kamu dan suami Mawar iaitu si Ali. Itu pun mak kamu tak reti bersyukur. Nak harapkan sesuatu itu menjadi seperti sediakala dah susah dah. Tak semudah itu dah.

HAKIKAT MANUSIA, KITA BOLEH MAAFKAN TAPI SUSAH NAK MELUPAKAN.Apa yang penting, peranan ibu kamu amat penting untuk betulkan keadaan, ibu kamu kena jumpa Mawar dan minta maaf. Walaupun situasi takkan menjadi seperti asal, sekurang-kurangnya Mawar tahu ibu mertua dia telah menyesal dan memang akungkan dia, Cuma tersalah langkah dan silap bicara saja.Dan kamu perlu didik isteri kamu agar tahu bersyukur bukan meminta lebih pada sesuatu yang dia tak layak dapat dan kamu tak mampu beri.

Abang kamu Ali tu patut bersyukur dengan apa yang dia ada. Hanya dia penghubung antara keluarga kamu dengan Mawar. Apa yang penting, keluarga kamu tu perlu berubah, ukur baju di badan sendiri.Itu sajalaa…buat semua orang yang ada zuriat dan yang busy body tanya bab zuriat nak dapat bila ni, mohon sensitifla, yang suka bertanya bila nak ada zuriatni, mohon guna akal lebih sikit.

Bukan kami yang tentukan bila nak ada zuriat sendiri, tak perlu nak berlagak mesra atau ambik berat bila masuk bab bertanya tetang bila nak dapat zuriat ini, sebab masing2 dah boleh fikir.Bab zuriat ni ketentuan Allah S.W.T.. Kalau rasa nak tunjuk caring sangat, cukuplah mendoakan kami dalam hati dan tak perlula nak menanya segala.Setiap kali mengingatkan soalan bab BILA NAK DAPAT ZURIAT ini, apa yang kami rasa?Bila adik beradik share dalam Whatsapp Group Famili info tentang kecomelan dan kegembiraan berkumpul bersama anak-anak masing-masing, kami akan mengelak untuk komen dan lihat.

Di masa lain, ketika ditegur bab share perihal anak2tu, dikata tak de apa2la, just nak jadikan inspirasi, atau hak masing2 nak share semua tu.
Aku malas nak bising bab sharing is caring ni,tapi takkan tak leh fikir bila korang share semuatu,ada adik beradik yang diam? Dalam bab lain sama2 komen, bila kau share bab baby comel dan keletah anak2, ada yang senyap, tolonglah sensitif, aku tak kisah sebab aku lelaki tapi isteri aku kisah.Malam tadi lepak dengan kawan, dia cerita kisah staff dia yang belum dapat zuriat, bila mana adik beradik dia share bab baby masing-masing dalam group whatsapp famili, wife staff dia tertekan sampai tahap pergi GIANT untuk lepak bahagian pakaian baby, dan main2 dengan pakaian baby kat situ, kau rasa bestke seorang suami tengok keadaan macam itu? Tolonglah, guna hati dan perasaan.

Tolong sensitif, aku siap terfikir,nasib baik ada mak ayah je yang jadi pengikat perhubungan dengan adik beradik semua, kalau tidak, aku tak tahu macam mana lagi nak terikat adikberadik kalau adikberadik sendiri tak jaga hati dan perasaan adik-beradik lain yang tak bernasib baik.Kami pasangan yang tak berzuriat ini manusia juga, bukan robot yang tak kisah apa yang berlaku di sekeliling.Aku tak risau sangat bab adik beradik aku dan anak-anak diaorang,tapi aku risau yang datang ziarah rumah perent aku nak tengok baby baru.

Dekat situ ada manusia2 yang tak gunakan akal bila bercakap:

“Abangnye bila lagi? Lama dah kahwinkan?”

“Korangni tak terasa nak ada anak sendirike?”

Haritu ada nenek saudara aku siap panggil wife aku, then bebel.

“Kenapa susah sangat nak pregnant? adik beradik suami semua dah ada anak.”

Wife aku senyumje, aku sabar sbb hubungan keluarga, tak nak bermasam muka saudara mara, kalau tidak, serious aku berani tegur:

“Tok Cik dah tak de agamake?”

Geram weh.

Itu belum yang buat statement,

“Kenapa tak ambil anak angkat, mana tahu lepastu mudah lekat.”

Please laa jangan komen apa2 bab zuriat dgn pasangan tak berzuriat macam kami, bab anak angkat ke, anak terangkatke, kalau semudah yang korang cakap, tak pe weh,tapi. Korang expect apa tanya semuatu? Ambik berat? Kesian?Kami tak perlukan belas kasihan macamtu, apa yang kami mahu ialah kefahaman dan berhenti bertanya macamtu. it is much painful bila kau tanya soalan yang bukan kami penentu jawapannya. Tolong tunjukkan korang faham Agama dan Allah S.W.T.Ku mohon buat semua orang, bila berhadapan dengan pasangan tiada zuriat, tak perlu acah2 suci dan bajet ambik berat tanya bab bila kami nak ada anak sebab pertanyaan itu sendiri menyakitkan dan menghina kami.

Kalaulah nak dapat anak itu semudah dengan mengatakan NAK then terus dapat, takpe, tapi itu hak Allah S.W.T.Lebih elok korang doakan kami agar cepat dapat zuriat sendiri atau agar Allah S.W.T. kuatkan semangat kami dalam menempuh semua dugaan mendatang tanpa putus asa dan kecewa, doa dalam hati je,itu lebih elok dan sopan.Ya, hanya berdoa dalam hati ye, tak perlu tunjukkan dgn kata2 dan perbuatan atas dasar ambik berat.

Pleaselah, tolong sensitif di sini, bukan semua sikap ambil berat itu kena tunjuk, kadang sikap ignorant kpd pasangan tak berzuriat ni dalam hal tanya bila nak berzuriat itu pun perlu. Dulu, orang duk marah my wife, kenapa tak mengandung, siap tanya aku, tak nak cari wife lainke, anak tak de,siapa nak jaga kamu masa tua nanti, then keluar statement.

“Wife kau mandulke?”

Then aku jawab dengan senyum.

“Sebenarnya, aku yang problem,”

Terdiam terus.

Harini adik lelaki sy dapat baby baru dan diumumkan dalam group famili, benda pertama dlm kepala sya sebagai suami ialah, apa perasaan my wife? Jgnlah dia rasa rendah diri lagi disebabkan kekurangan kami tanpa zuriat ini. Oleh kerana itu banyak perkara yang perlukan kami lebih tabah. Ada beberapa perkara yang perlukan kami kuat dan tabah:

1) Bila famili cakap bab nak bawa berkelah, semua yang ada anak akan riuh, kami berdua yang diam.

2) Bila ada majlis cukur jambul, kesannya lebih besar kepada my wife, dia hya mampu melihat.

3) Tahun 2017, lagi hebat tekanan my wife.

Tahun 2015, bulan June, semua menantu my mom mengandung serentak kecuali my wife,dan my mom dapat cucu serentak dlm bulan Mac 2016, di situ aku terkelu nak cakap apa. Pity her so much.

4) Bila adik beradik berbual bab masa depan dengan anak-anak masing-masing, aku akan cakap plan kami cari rumah orang tua termewah.

Hahaha, semua terdiam termasuk my mom, siap ada adik cakap, anak-anak dia ada untuk jaga kami, but i think, tak pelah, tak nak berharap dan susahkan anak2 saudara. Kami dah lepaskan semua hak kami kepada harta pusaka dan wasiat famili. Tak nak ada isu pembahagian lepas kami mati.

5) Kalau ada kenduri dan perhimpunan keluarga dan saudara mara, lagi awkward sebab dalam semua cucu my nenek hanya aku yang tak de zuriat, hebat tekanan for my wife, even dalam keluarga mertuapun hanya my wife belum berzuriat.

6) Kalau ada perbincangan berkaitan anak-anak dengan kawan-kawan, selalunya bila aku beri pendapat, orang yang tak boleh terima pendapat akan kondem dengan cakap “Tak de anak, bolehlah cakap macamtu, cuba ada anak, baru tahu rasa macam mana.”

And aku macam biasa, diam jelah. But life is about a journey dan perjuangan, perjuangan menuju kematian, mengumpulkan seberapa banyak amal kebaikan, bersabar dalam segala ujian dan tetap berpegang kepada jalan yang diredhai Allah S.W.T. (walau aku pernah tersasar jauh), hidup berapa lama sangat nak mendabik dada. Semua di dunia, anak-anak, ibubapa, adik beradik, kawan-kawan, pekerjaan, harta.

Semuanya hanya hiasan untuk setiap kita gunakan sebaik-baiknya bagi mengumpul amal kebaikan untuk mendapat redha Allah S.W.T. kerana pengakhiran nanti hanya tinggal kita dan Allah S.W.T. sahaja.Kami dah cek kesuburan, both ok, tak de masaalah, mungkin belum rezeki di dunia, tapi alhamdulillah,dua orang putera kami sedang menunggu walid dan uminya ini di akhirat. Mungkin Allah S.W.T. nak bagi sesuatu yang lebih baik dan mungkin juga takdir penyatuan kami untuk tujuan lain. Cuma salah satu tujuannya, mungkin juga untuk kami menghadapi semua cabaran-cabaran ini.

Apapun, doakan isteri aku terus tabah dan kuat semangat, berkahwin dengan lelaki berdosa ini pun org dah mengata sebab kekurangannya, belum masuk bab zuriat lagi. Tak semena-mena bab zuriat itu pun menjadi bahan untuk orang persoalkan.Tapi itulah antara cabaran kami,dan aku percaya samaje dengan cabaran pasangan tak de zuriat lain di luar sana, it tuff tapi its okay, aku hanya risau my wife tak nak balik rumah my mom sebab rasa rendah diri dengan biras-biras perempuan dia, susah aku sebab I am still a baby to my mom.

Kena report duty hampir setiap bulan jenguk my mom. Nasib baiklah aku dan isteri di Perak, my mom di Kedah.Apapun, doakan my wife dan kami suami isteri serta semua suami isteri yang senasib dengan kami terus tabah, yang paling penting juga doakan aku dan semua suami dari perkahwinan yang tiada zuriat untuk terus setia kerana cabaran seorang lelaki dalam perkahwinan tanpa zuriat ini ialah kesetiaan.Zuriat ini hak Allah S.W.T. dan kerana itu, bukan kita yang tentukan nak dapat atau tak.

Harap sangat semua orang yang tak sedar akan ketentuan ini untuk lebih sensitif.Terima kasih min, dan aku berharap semua faham.Ikhlas dan bukan menyalahkan, Suami yang berusaha untuk terus Redha.

– SUAMI DIA (Bukan nama sebenar)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.