Alhamdullilah. Akhirnya Abng Viva Dpat Kereta, Ini Permintaan Untuk Plat Beliau

Kuala Lumpur – Sukarelawan b.anjir yang dikenali sebagai Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, bakal menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda pemberian daripada seorang usahawan produk kecantikan, Wan Siti Aisyah Wan Hasan.

Wan Siti Aisyah yang merupakan Pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd berkata, proses pembelian kenderaan tersebut telah selesai dan hanya menunggu untuk diambil dan diserahkan kepada Azwan.

Menurutnya, pemberian tersebut dilakukan tanpa sebarang syarat.

“Terserah dia Azwan nak buat apa. Yang penting adalah kalau dia buat kerja amal, kita pun dapat manfaat,” katanya ketika ditemui Majlis Penganugerahan Nona Superhero 2021 yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Sebelum ini, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana Abang Viva telah selamat menerima motosikal jenis Yamaha XJ6S berserta beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Menurut portal Motomalaya, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada seorang individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal tersebut kepada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Pada majlis tersebut, Azwan telah menerima anugerah utama Nona Superhero 2021 yang turut diberikan kepada Ketua Pengarah Kes.ihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, Wan Siti Aisyah berkata, beliau tergerak untuk menghadiahkan kenderaan tersebut selepas tersentuh dengan keikhlasan dan ketulusan yang ditunjukkan Azwan dalam membantu m.angsa b.anjir.

“Kita boleh lihat dia punya kesungguhan dan ketulusan. Saya tidak mampu nak buat macam itu, saya buatlah apa yang mampu dengan menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azwan berkata, dia sangat gembira dan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai, termasuk Wan Siti Aisyah dalam membantu usahanya menjalankan kerja-kerja sukarelawan.

Selesai Semuanya

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, selesai jugak akhirnya. Jangan risau awakkk semua, saya ada ni x lari mana pun. Bila dah janji insyaAllah sy akan tepati.

Tqsm semua yg memudahkan urusan, cari jugak sampai dapat kereta. Kalau ikutkan 2-3 bulan kena que tp rezeki abg viva berjaya jugak keluarkan dalam masa terdekat. Haza rahmatun min rabbi.

Reaksi Abang Viva

Kredit : Sinar/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.