“Bilik sewa, hanya 3 malam”. 3 malam berturut2 diganggu. Bila tahu hal sebenar, cpt2 aku cabut

Foto sekadar hiasan.

BILIK SEWA

Time tu aku baru saja habis SPM. Sekolah aku ni dekat kampung. Niatnya lepas habis SPM je aku nak kerja dibandar. Mak ayah aku restu asalkan kerja halal.

Alhamdulillah aku dapat kerja partime di sebuah pasar raya. Aku tinggal disebuah bilik sewa yang agak murah. Alhamdulillah.

Bilik sewa aku tinggal ni ala rumah kedai..
Atas bilik bawahnya kedai. Tapi kedai nya dah tutup mungkin dah bankrup agaknya. Sebelah ni pun ada bilik sewa juga tapi kosong takda orang yang nak sewa lagi agaknya teka aku.

Bilik yang aku sewa ni ada 5 bilik. Aku sewa bilik hujung sekali dekat dengan bilik air.
Sebelah aku ni ada budak indon duduk kerja contractor. Yang 3 lagi semua kosong.

Esok aku dah mula kerja jadi malam tu masa aku berehat tiba tiba pintu bilik aku diketuk. Rupanya Indon sebelah.
Mungkin baru balik kerja kot.

Indon: Adik baru pindah sini ke?

Aku : Ye baru masuk harini. Saya dari kampung.. Baru nak kerja sini.

Indon: Oo tempat ni sunyi sikit bile malam. Anjing banyak cuma nak pesan supaya hati hati tu je.. Katanya.

Aku: ok bang. Terima kasih. Abang duduk berapa orang sebilik?

Indon: Abang duduk dengan kawan kawan, 3 orang satu bilik.

Aku: Oo. Aku mengangguk..

Malam pertama memang susah nak lelapkan mata. Tempat baru selalu macam tu kan.
Aku main main tengok henpon sampai jam 1 pagi, baru rasa mengantuk. Keadaan panas berbahang buat aku rasa tak selesa. Nasib ada kipas.

Masa nak lelap tu anjing melolong lolong sayup macam nampak hantu. Tetiba aku rasa seram pulak. Baru saja nak terlelap, kipas tiba tiba mati sendiri. Eh..black out ke?

Bila aku check balik tak pulak blackout. Aku bukak balik kipas oleh kerana terlalu mengantuk aku tak fikir apa dah terus tidur.

Esok paginya bila bangun satu badan sakit sakit dan yang aku terkejut tu ada kesan cakar cakar dan lebam kat beberapa bahagian badan aku. Peliknya.. Tak kan aku mengigau garuk badan aku sampai calar calar. Kuku aku bukannya panjang. Bila sikat rambut pun ada kesan cakaran kat muka aku.. malunya.

Masa kat tempat kerja aku asyik fikir benda yang cakar. Lebam lebam kat badan aku ni agaknya kenapa yeh?? Aku pun mulalah fikir yang negatif. Entah entah ada pelesit ke yang hisap drah sampai lebam gini.

Ok, malam kedua pulak masa tu pukul 12.40 tengah malam. Lepas mandi makan semua aku berehat la macam biasa main main henpon. Tengah syok main henpon tibe tibe terdengar bunyi benda berjalan dan berlari kat atap.

Kucing ke? Atau musang? Fikir aku.
Malas nak fikir yang bukan bukan
(lagipun aku tinggal sorang) terus matikan lampu dan tidur.

Baru saja nak terlelap aku terdengar bunyi suara perempuan menangis tapi sayup sayup je suaranya tu. Berhenti jap. Aku pasang je telinga ni. Diam pulak.

Beberapa minit kemudian aku terdengar suara perempuan mengilai pulak. Ahh melampau dah ni. Masa tu memang aku pikir hantu aja lah. Suara tu memang kuat bersahut sahutan dengan lolongan anjing kat luar sana lagi.

Aku tarik selimut dan menggeletar sorang sorang dalam selimut. Baca baca ayat Alquran apa yang aku teringat. Entah pukul berapa aku terlelap pun aku tak tau.

Masa tidur tu lah aku dapat mimpi pelik sangat. Dalam mimpi aku didatangi oleh seorang perempuan yang cantik sangat. Tinggi, berambut panjang. Dia menghampiri aku dan menangis teresak esak macam nak minta pertolongan. Tapi tak pulak dia berkata apa apa.

Sampai situ saja mimpi aku kemudian aku tersedar time tu dah pun pagi kul 5.
Bunyi mengilai anjing semua dah takda dah.
Badan aku pun takda lebam atau cakar cakar macam semalam.

Tapi yang peliknya dekat cadar tilam aku tidur tu ade rambut hitam panjang. Boleh dikatakan panjang sampai lutut aku laa. Rambut siapa?. Rambut aku pendek.

Aku rasa bingung dan tak puas hati. Aku tunggu masa sesuai je nak tahu pasal rumah ni. Balik kerja tu aku tanya Indon sebelah bilik aku tu. Dia diam saja mulanya dia taknak cerita. Kawan sebilik dia yang kesian tengok aku pun ceritalah.

Rupanya, bilik tu pernah disewa oleh seorang perempuan. Perempuan tu mengandung anak luar nikah teman lelaki dia. Oleh kerana lelaki tu tak nak bertanggungjawab, maka dia frust dan bnuh diri dalam bilik tu.

Ceritanya lagi memang lepas tu bilik tu kosong kejap. Bila dah ada orang sewa mula berlaku perkara pelik. Tak ramai yang kekal tinggal situ. Paling lama pun dua tiga hari saja. Menurut kawan indon tu lagi perempuan tu gntung diri dia. Aku pun tiba tiba rasa cuak.

Malam tu masa beli burger depan rumah tu aku cuba lah bertanya brother yang jual burger. Brother tu cerita benda yang sama jugak. Bnuh diri. Cuma yang aku seram tu ceritanya ada version lain pulak.

Perempuan tu mati terberanak masa meneran baby dia. Drah keluar banyak sampai dia lemah dan mati. Anak nya pun mati. Aku memang dah tak boleh tahan dengar semua ni. Iman aku ni bukannya kuat sangat. Aku tekad nak pindah je dalam fikiran ni.

Malam tu aku kemas kemas esok nya aku ingat nak minta mc je.

Malam ketiga pun aku diganggu. Benda tu datang macam tahu tahu je aku nak keluar dari rumah tu. Dia menangis mendayu dayu kuat. Berhenti menangis dia cakar cakar pulak dinding dan pintu bilik aku.

Aku macam biasa selubung dalam selimut terketar ketar baca segala ayat yang aku tahu. Korang bayangkanlah perasaan aku waktu tu.. Memang tak boleh tidur aku sampai kepagi..

Sampai pukul 4 pagi macam tu barulah benda tu dah takda. Aku tanpa berlengah capai kunci motor dan beg sandang terus keluar dari rumah tu.

Masa aku nak turun tangga tu, ada seorang perempuan duduk kat situ. Aku tak pandang apa terus lari turun tangga macam lipas kudung. Perempuan tu memanggil aku,

“Tolong bang.. Tolong saya..”.

Start dari haritu aku pindah bilik lain jauh dari situ. Tempat kerja masih yang sama.
Sampai sekarang aku masih teringat benda ni..

Tamat.

Sumber : Newwar Anuar via Kelab Cerita Hantu Malaysia