“Bukannya diri ini tak terima kenyataan, hati ini hanya rindu ”- Fad Bocey

PELAWAK, Fad Bocey mengakui dirinya terlalu rindukan Allah yarham Abam yang disahkan meniggal dunia, Isnin lalu.

Fad, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam menjelaskan segala perkongsian di Instagram mengenai Abam bukan kerana dia tidak boleh menerima kenyataan atas kehilangan sahabatnya itu.

“Bukannya diri ini tak terima kenyataan, hati ini hanya rindu,” katanya ringkas.

Kata-kata itu ditulis Fad menerusi gambar dia menziarahi pusara arwh yang dimuat naik di IG.

Sebelum itu, Fad turut berkongsi video nyanyian membabitkan dirinya, Achey dan Abam menerusi lagu Teman Pengganti..

“Lagu wajb dia bila ajak menyanyi, Teman Pengganti. Tapi nak beritahu, nak cari teman pengganti kau itu kami takkan jumpa,” katanya.

Video:

 

Menerusi ruangan komen pada video itu, penyanyi asal lagu itu, Black Hanifah meninggalkan emoji sedih.

Fad kemudian membalas dengan menyatakan Abam sangat menghayati lirik lagu itu.

sumber : mymetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.