Cium duit berkali-kali, lelaki OKU menangis jualan keropok dan air kotak laris

Kisah kecekalan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menjual keropok dan air kotak dengan berkerusi roda viral di media sosial selepas videonya dimuat naik ke YouTube, sejak beberapa hari yang lalu.

Lelaki OKU itu yang ditemani anak saudaranya menjadikan kawasan di sekitar Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang sebagai tempatnya mencari rezeki.

Kisahnya menjadi perhatian selepas video berdurasi 14 minit dikongsi Youtuber terkenal, Azfar Badrul di saluran Youtube miliknya.

Azfar Badrul yang dikenali kerana sering mengetengahkan peniaga-peniaga kecil dan kurang bernasib baik dengan membeli sambil bersedekah barangan yang dijual oleh mereka.

Pada awalnya, lelaki OKU yang mesra disapa Pak Su itu kurang selesa apabila Azfar merakam videonya kerana bimbang disalah anggap sebagai peminta sedekah.

Namun, selepas diterangkan niat dan tujuan asalnya mahu membeli semua barang yang dijual, Pak Su dan anak saudaranya, Daniel membenarkannya.

Azfar kemudiannya menyedekahkan barang jualan yang dibelinya daripada Pak Su kepada orang ramai sehingga semuanya habis.

Selepas semuanya selesai, Azfar memberikan wang berjumlah RM59 bagi nilai semua barangan tersebut ditambah wang RM300 hasil sumbangan subscribers Youtubenya.

Pak Su dan Daniel sama sekali tidak menyangka akan menerima wang sebanyak itu.

Dia mencium wang itu berulang-ulang kali sebelum memeluk anak saudaranya dengan erat sambil menitiskan air mata kesyukuran.

Sementara itu, netizen melahirkan rasa terharu dengan tindakan yang dilakukan Azfar Badrul selain turut mengharapkan agar Pak Su dan Daniel sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Sumber: malaysiasetia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.