Dapat 9A dalam PT3, 123 pelajar buat sujud syukur di padang sekolah

Seramai 123 pelajar tingkatan 3 Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 melakukan sujud syukur di atas padang sekolah, semalam.

Difahamkan, mereka adalah sebahagian daripada 170 pelajar sekolah berasrama penuh itu yang mendapat keputusan penuh 9A.

Menurut sumber, perkara itu sudah menjadi tradisi saban tahun bagi pelajar setiap kali menerima keputusan peperiksaan utama seperti PT3 dan SPM.

Beberapa gambar momen bersejarah itu juga tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Rata-rata netizen melahirkan rasa bangga dengan kejayaan tersebut selain ada yang memberikan ucapan tahniah kepada mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.