Bapa Fattah Anas terpaksa jual akaun IG ada 1.2 juta followers, dan barang dalam rumah

SIAPA yang tidak kenal dengan kanak-kanak comel Muhammad Fattah Anaz Mohamad Firdaus atau lebih dikenali sebagai Fattah Anas yang mempunyai lebih sejuta pengikut di laman Instagram.

Fattah Anas mula tvlar pada 2018 dengan videonya yang ketika itu berusia dua tahun masuk ke dalam sangkar kucing, sebelum diusik bapanya.

Namun si cilik itu seperti terus menyep1 sejak para pengikutnya digemparkan dengan bapanya menghidap peny4kit m1steri akhir tahun lalu.

Berkongsi cerita kepada mStar, bapa Fattah Anas, Mohamad Firdaus Mohamed tampil menjelaskan bahawa dia telah sembvh sepenuhnya daripada peny4kit itu pada Julai lalu.

“Syukur Alhamdulillah, bila mula-mula saya dah sihat, saya rasa macam m4ti hidup balik. Tak sangka Allah bagi saya segar semula sehingga saya blvr kenapa rasa lain.

“Maklumlah berbulan-bulan saya mengalaminya sampai lvpa apa yang dah jadi. Dah sihat ni saya bersyukur sangat nak teruskan kehidupan dan kuatkan iman dengan mendalami ilmu agama daripada mereka yang berpengalaman seperti ustaz,” katanya ketika dihubungi.

Fattah Anas sebelum ini mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram.

Bapa berusia 28 tahun itu turut mendedahkan bahawa akaun Instagram anaknya, fattahanas_boyyeah yang mempunyai 1.2 juta pengikut itu telah dijual pada Jun lalu.

Firdaus berkata, dia membuat keputusan untuk menjual akaun tersebut selepas hilang punca pendapatan menerusi bisnes dan reviu media sosial akibat menderita peny4kit m1steri.

“Saya jual IG (Instagram) tu bagi membayar hut4ng rumah, kereta dan motosikal yang tertvnggak termasuk refund ke atas reviu-reviu yang terp4ksa dibatalkan kerana saya sak1t.

“Selepas jual IG dan barang-barang dalam rumah, Alhamdulillah segala-galanya dapat diselesaikan secara perlahan-lahan,” katanya yang menjual IG tersebut pada harga ‘lima angka’.

Fattah Anas membuat latihan di rumah.

Susulan kejadian yang berlaku, bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dia sekeluarga nekad berpindah tetapi masih menetap di Kuantan, Pahang.

Mengenai tindakannya yang menjual akaun Instagram yang mempunyai ramai pengikut, Firdaus bagaimanapun reda dan menganggap ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

“Saya percaya rezeki Allah. Sebelum ini pun kami tak kejar jumlah followers, tapi kami bersyukur ramai yang mengikuti saya dan Fattah Anas.

“Nak lepaskannya ada hikmah. InsyaAllah ada rezeki nanti, dulu pun kami dikurniakan rezeki. Saya percaya takdir Allah.

“Jadi, tak berat untuk saya melepaskan IG tersebut. Saya terus fikir dan buat keputusan yang terbaik dengan menggunakan jalan terakhir yang dapat membantu,” katanya.

Firdaus kini kembali bangkit dengan memulakan bisnes percetakan baju secara kecil-kecilan dari rumah sejak kira-kira seminggu lalu.

Malah, dia turut kembali aktif di media sosial berkongsi mengenai aktiviti anak-anaknya di laman sosial sejak akhir Julai lalu menerusi dua akaun baru, fattahanas_family dan fattahanas_family2 yang dikendalikan bersama isterinya.

Saya percaya rezeki Allah. Sebelum ini pun kami tak kejar jumlah followers, tapi kami bersyukur ramai yang mengikuti saya dan Fattah Anas
MOHAMAD FIRDAUS MOHAMED
“Bila fikir balik sekarang zaman online. Nak tak nak, saya perlu kembali aktif di laman sosial. Tapi perlahan-lahan, masih baru lagi.

“Anas yang dulu terkena tempias dengan mengalami peny4kit kul1t dan em0si yang tidak stabil kembali sihat dan ceria. Alhamdulillah, Anas belajar mengeja, membaca dan mula menghafaz surah-surah al-Quran,” tambahnya.

Firdaus kini memulakan bisnes percetakan baju.

Firdaus berkata, dia sekeluarga bersama Fattah Anas yang kini berusia lima tahun membuat kemunculan semula di laman sosial, sebagai sebahagian daripada kehidupan baharu.

“Saya nak buka buku baru. Semoga keadaan bertambah baik dan saya minta doa semua supaya kami dalam keadaan yang sentiasa dilindungi Allah,” katanya.

Sumber : mStar