From Hero To Zero, Asri Janggut Terlepas Cakap Sesuatu Yang Buat Netizen Tidak Puas Hati. Ini Komen Asri Janggut

Kebanyakan Polis Tidak Berakhlak – Asri Janggut

Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota polis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik.

Dalam satu video yang tersebar di laman-laman media sosial hari ini, beliau yang juga dikenali sebagai Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pegawai polis hari ini tidak menjaga solat dan menghisap rokok.

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.

“Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya ketika menghadiri satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Kebanyakan polis tak jaga solat kata Asri

Gepostet von Suara.TV am Dienstag, 11. August 2020

“Jangan la mcm tu pulak saudara….adakah kamu nampak anggota PDRM@ATM tak solat???? Bila bersuara renung2 kan lah….yg baik kita jd kan ikut yg tidak baik kita canggah….

kadang2 kerana mulut badan binasa…kamu mgkn berjaya ketika viralkan tentang judi dan sbg nya disungai buloh….jgn kerana itu kamu dah bongkak….anggota PDRM@ ATM ramai berkecil hati, adakah anda sanggup berjumpa setiap anggota seluruh malaysia utk meminta maaf….

fikir2 kan lah sblm lidah berkata2:- tulis seorang netizen

Susulan dari itu, ramai netizan tidak bersetuju dengan pandangan Asri sehingga beliau tampil memohon maaf

“Bismillah.. assalammualaikum semua,berkenaan tentang solat,saya akui kelemahan,keterlanjuran,kejahilan saya saya merasa amat- amat menyesal,malu,bersalah atas perkara tersebut,saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya”-Asri Janggut

Berikut reaksi dari netizen

“Apabila ilmu pendidikan dh tinggi, jgn sampai menguasai kewarasan otak utk berfikir negatif kpd org lain..Selama ni kita berjaya atas sokongan dorongan mereka ( pelanggan). sehari je buat statement panas, dan sehari tu jgk hidup kita hancur disbbkn mereka..

“Huh sgt mengguris hati kata2 tu.. xboleh pukul rata tuan Asri.. sy bukan anggota pun trut rasa itu keterlaluan.. moga Allah mengampunkan, dan merahmati anggota keselamatan kita…ape2 pun kite phm niat baik tuan.. cuma cara penyampaian kurg sesuai pd sy.

“Abg Asri dah buat apa yang Rasulullah suruh… Mencegah kemungkaran d depan mata sendiri. Kalau xda iman dlm hati x mampu abg Asri nak buat. Berkenaan solattu, sudah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mengajak saudaranya kepada kebaikan, ingat Allah berfirman dlam surah al-Ankabut ayat 45 ‘Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan mungkar.’.So apa yg abg asri ckptu trima sebagai teguran bukannya sebagai kesalahan. Moga Allah mengampuni dosa abg Asri dn dosa kita semua.

“bismillah..maafkan saya tuan..sy akui kesilapan ini.. maafkan saya”-Asri

Dalam pada itu bekas wartawan Utusan Malaysia Syahril A. Kadir juga mempunyai pandangan yang sama

“TOKSAHLA dok pertikai ibadah orang. Cakap yang perlu sudahlah. Aku mulalah menyampah bila masuk benda over-over sangat nih”

“Pengajaran. Nak mengecam berpada-pada, nak memuji tak perlu over. Kan dah mendapat”

Sumber: trendingkini.pw (sapiksohor)