Giliran Izreen Azminda Pula Berpurdah, Sekali Netzen Perasan Benda Lain

Ambil berkat. Gara-gara Neelofa, beberapa selebriti wanita tanah air tidak ketinggalan memuat naik foto dalam media sosial dengan mengenakan purdah.

Antara selebriti wanita tersebut ialah Ifa Raziah, Linda Rafar dan Yatt Hamzah.

Antara selebriti wanita yang memuat naik foto berpurdah dalam media sosial baru-baru ini.

Mereka memuat naik foto memakai purdah bagi menyambut baik perubahan duta Lancome Asia Tenggara tersebut.

Yatt atau nama sebenarnya, Hayati Hamzah yang memuat naik gambar dirinya mengenakan purdah berwarna putih semalam

Dia menyatakan teruja melihat beberapa sahabatnya yang sudah mengenakan purdah.

Yatt kagum dan menjadikan perubahan rakan-rakannya sebagai inspirasi.

“Lihat para sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja.

Masya-Allah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

“Mohon doakan bonda bernama Haryati Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang berusaha untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan ini.

Mohon sokongan dan doa semua terutama dari suami,” tulis pelakon yang mula bertudung sekitar tahun 2012.

Tidak cukup dengan itu, bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar turut muat naik sekeping gambar memakai purdah dan berjubah.

Dia juga menjadikan Neelofa sebagai inspirasi kepada dirinya untuk terus menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.

“Linda masih terkejut dengan hidayah yang Allah berikan kepada Neelofa.

Dalam masyarakat sibuk mengejar duniawi, dia terus istiqamah ke jalan Allah dan menjadi contoh yang baik kepada semua.

“Saya sayangkan awak Neelofa. Doakan Linda juga kekal beriman dan terus fokus ke jalan yang diredhai Allah SWT,” katanya.

Linda menjadikan Neelofa sebagai inspirasi untuk dirinya terus istiqamah dalam beribadah.

Untuk rekod, sebelum Neelofa, Fynn Jamal, Ardell Aryana, Natasha Hudson antara selebriti tanah air yang telah mengenakan purdah.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, Natasha dilihat tidak lagi mengenakan purdah kerana dikatakan telah mendapat izin suami untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Ardell Aryana

Giliran Izreen Azminda Pula Berpurdah, Sekali Netzen Perasan Benda Lain

Satu perkongsian dari pelakon Izreen Azminda di Instagram mencvri perhatian ramai apabila dia memuat naik foto mengenakan niqab.

Malah, menerusi ruangan komen bintang ini turut menitipkan kapsyen soal kehidupan.

“Sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya hanya pada dunia. Pasti Allah akan selerakkan urusannya.

“Menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada dihadapannya.

Dia tidak akan memperolehi suatupun dari dunia melainkan apa yg dicatat untuknya.

“Manakala sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya utk mendapat akhirat.

Allah akan memperteguhkan keinginannya itu, menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan dihatinya.

“DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN TUNDUK DAN TERPAKSA,” tulis Izreen.

Bagaimanapun, Izreen mengakui dia hanya cuba berikan promosi purdah yang disifatkan cukup selesa kala dipakai.

“P/s kami masih sama takdak perubahan apa2.

Cuma kami nk habaq PURDAH yg kami pakai ni tersangat sangatlah selesa dan senang utk ampa yg berpudah nk buat aktiviti harian dengan girang.

“Fuhh ayat girang tu, Level lain maciam la cara penyampaian tu selesa ya amat ampa.

“Sejuk ja lgsg tak panaih.. ampa boleh tgk di ameliahassanfd khimar.byameliahassan,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CGmrR9qHb8-/?igshid=1xnl8iwxrel5w

Yang nyatanya, rata-rata peminat menyambut baik penampilan berkenaan dan mendoakan agar aktres berusia 34 tahun ini dipermudahkan urusan.

Tapi Ramai juga yg Tidak Suka