Hanya makan sehari sekali, kalau tiada duit saya teguk air je, Lelaki OKU sara keluarga dengan cuci tandas

Seorang lelaki OKU yang menghidap penyakit berkepala besar semenjak kecil melakukan perkejaan mencuci dan menjaga tandas awam bagi menyara keluarga. Dia yang bekerja secara kontrak di Puchong Perdana sejak 4 tahun yang lalu memperolehi pendapatan sekitar RM600 sebulan.

Helmi yang berumur 22 tahun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk melakukan tugas harian. Seawal jam 5 pagi lagi pemuda ini akan bersiap keluar dari rumah untuk menuju ke stesen LRT yang jaraknya lebih kurang 4km dari rumah.

“Selalunya saya akan keluar dari rumah seawal jam 5 atau 6 pagi dan menolak kerusi roda sejauh empat kilometer ke stesen LRT Bandar Kinrara.

“Dalam perjalanan pergi balik, saya akan kutip tin atau besi buruk yang kemudian akan dijual kepada peraih,” katanya.

Kadangkala anak bongsu dari 2 beradik ini akan tidur dalam bilik stor bersebelahan tandas awam sekiranya dia berasa terlalu penat.

Helmi memberitahu, hasil pendapatan sebagai pencuci tandas awam, menjual tin dan besi buruk tidak cukup walaupun menerima bantuan kewangan sebanyak RM400 sebulan daripada jabatan kebajikan masyarakat.

Tambahnya pemud ini lagi, kehidupan mereka sangat susah memandangkan abang sulungnya juga merupakan seorang OKU kategori lembam dan autism.

“Dengan wang itu jugalah saya gunakan bagi membeli barangan keperluan asas untuk keluarga. Gaji saya akan serahkan kepada ibu untuk kegunaan keluarga.

“Kadangkala saya akan mengikat perut, makan sehari sekali. Kalau ada duit lebih, saya beli nasi bungkus, tetapi kalau poket kosong, hanya meneguk air saja.

“Apatah lagi sejak ibu disahkan menghidap pelbagai komplikasi penyakit seperti jantung dan buah pinggang awal tahun ini dan perlu menjalani rawatan ke hospital setiap bulan, saya kena bekerja lebih keras,”  ujarnya.

Ibunya  ketika ketika ditemui menceritakan, Helmi seorang yang sangat kental dan tidak pernah merungut penat walaupun terpaksa bekerja keras mencari sumber kewangan untuk dirinya dan abang kesayangannya.

“Dia seorang anak yang degil. Kalau dia kata nak cari duit sendiri untuk bantu keluarga, dia akan tetap buat walaupun pernah ditimpa pelbagai ujian sebelum ini.

“Dia tidak suka mengharapkan ihsan orang ramai untuk makan minum keluarga. ”

Kita doakan semoga  Helmi sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan seharian dan semoga urusan dia dan keluarga dipermudahkan. Amin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.