Inilah 12 Fakta Gaya Hidup Mewah Di Dubai Yang Nyata Cuma Mitos Semata-Mata

Dubai adalah satu dari tujuh kota terpadat di United Arab Emiratesb (UAE). Terletak di sepanjang pantai selatan Teluk Persia di Jazirah Arab. Ada banyak rumor tentang Dubai sebagai kota metropolitan yang mewah. Ada jutawan-jutawan, lambakan emas dan berlian, Cheetah dan Harimau sebagai peliharaan serta tabiat pelik penduduk di sana yang terlampau mewah seperti seorang kerabat raja.

Kemajuan Dubai memang luar biasa. Gedung pencakar langit dan hotel-hotel super mewah banyak di bangunkan di sini. Sudah banyak kisah tentang kehidupan mewah di sana sehingga kita mempercayainya sebagai kenyataan.

Namun tahukah kamu bahawa beberapa ‘mitos’ kehidupan mewah di Dubai itu tidak sepenuhnya benar? Apa saja ‘mitos’ tersebut? Berikut ulasannya.

#1. Dubai merupakan kediaman ramai billionaire di dunia.

Terdapat 5000 orang billionaire USD di dunia ini dan hanya 20 orang daripada mereka ini tinggal di Dubai. Sebenarnya, pusat billionaire di dunia adalah Beijing dan diikuti dengan New York.

#2. Tidak Ada Orang Miskin di Dubai

Mungkin data yang terkumpul tidak termasuk dengan pekerja asingy yang tinggal di bandar ini. Secara puratanya, pekerja asing yang tinggal disini meraih pendapatan sekitar USD200-USD350.

Manakala, pelan telefon yang paling murah adalah USD30. Kehidupan di sini sangat mahal dan ramai yang terpaksa berkongsi bilik dengan orang lain kerana tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.

#3. Dubai merupakan tempat yang bagus untuk membesarkan anak-anak.

Kebanyakkan mereka yang berkerja di sini terpaksa meninggalkan anak-anak mereka di negara kelahiran mereka kerana tidak mampu untuk membayar kos pengajian yang tinggi di sini yang menelan belanja sekitar USD100,000 untuk tempoh 11 tahun.

#4. Dubai merupakan sebuah negara yang bebas.

Dubai sebenarnya merupakan salah sebuah wilayah di dalam UAE. Terdapat 7 buah wilayah lain yang dipanggil sebagai Emiriah di dalam UAE yang diperintah oleh Emir yang berbeza.

#5. Tiada arak dan minuman beralkohol dijual di Dubai.

Minuman alkohol dibenarkan untuk pelancong dan orang bukan Islam dan untuk membelinya, anda memerlukan sebuah kad khas ataupun visa pelacongan.

Para pelancong boleh bebas menikmati minuman beralkohol di dalam hotel, kelab malam dan bar yang berjumlah lebih 500 buah di Dubai.

#6. Tiada pengangguran di Dubai. Tiada!

Puncanya mudah sahaja. Pekerja asing yang tanpa visa pekerjaan akan dihantar pulang dalam tempoh 30 hari.

#7. Dubai merupakan sebuah bandar yang bersih dan mesra alam.

Dengan peningkatan jumlah penduduk di bandar ini dan projek pembangunan yang dibina tanpa henti serta kekurangan sumber air yang bersih, adalah mustahil untuk Dubai diiktiraf sebagai sebuah bandar yang bersih, apatah lagi mesra alam.

#8. Cuaca sentiasa baik di Dubai.

Dubai merupakan sebuah bandar yang terletak di tengah-tengah padang pasir dengan suhunya yang mencecah setinggi 48°С. Manakala, langit pula berwarna kelabu disebabkan oleh jumlah debu pasir yang banyak di udara.

#9. Polis di Dubai hanya menggunakan kereta mewah untuk meronda di sekitar bandar itu.

Ramai orang yang percaya bahawa polis di Dubai hanya menggunakan Lamborghini dan Bentley sebagai kereta peronda di bandar itu.

Hakikatnya, terdapat banyak lagi model kenderaan lain seperti BMW, Audi dan Toyota yang digunakan sebagai kenderaan peronda di sana.

#10. Cheetah dan singa merupakan haiwan peliharan yang paling popular di Dubai.

Memelihara haiwan liar seperti Cheetah dan singa merupakan suatu kesalahan di Dubai. Mereka yang ditangkap akan dipenjarakan selama 6 bulan ataupun didenda dari USD2,700 sehingga USD138,000.

#11. Hanya bangunan pencakar langit wujud di Dubai.

#12. Ekonomi Dubai Majoriti Dari Sumber Hasil Minyak

Hasil minyak cuma menyumbang 7% sahaja daripada pendapatan Dubai Kebanyakann hasil ekomoninya disumbang dari hasil pelabuhan, pembangunan hartanah serta pelancongan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.