“Isteri berhak ambik duit dalam wallet untuk kelangsungan hidup”- Individu ‘legal firm’ Kongsi Pendapat.

Semalam Ali Puteh tampil menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan salah faham keluarganya dan pihak isteri arwh Abam.

Menurut Ali, isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah pun dibincangkan bersama-sama isteri Allahyarham Abam.

Penjelasan penuh Ali Puteh di dalam video di bawah

Menerusi IG @kimkidstimer yang mendakwa beliau seorang yang bekerja di firma guaman selama 11 tahun memberi pendapatnya dan ulasannya berkaitan pencerahan yang telah di buat oleh pihak Ali.

Adalah tidak wajar mempertikaikan wang di dalam dompet arwh yang telah kosong. Beliau beranggapan isteri perlu meneruskan hidup dengan anak sementara menunggu harta faraid di agihkan.

Individu ini juga menjelaskan sumbangan yang diterima pihak Hidayah adalah kepunyaan dirinya dan tidak ada kena mengena dengan pihak keluarga mahupun ibu arwh sendiri.

Sekiranya perlu urusan kereta atau lain-lain yang tertunggak kerana hutang boleh dijelaskan kemudian selepas Faraid di bahagikan dan boleh juga menolak dari agihan yang diterima pihak isteri.

Berkaitan balu yang meninggalkan rumah mertua dalam keadaan masih iddah pendapat peribadinya adalah kerana emosi yang di alami Hidayah sendiri setelah suami tempat bergantung tiada lagi dan diri pula seolah di kontrol oleh pihak keluarga mertua menurut kenyataan  “bila sudu terlebih dari kuah’.

Tidak dinafikan keprihatinan Ali dalam membantu urusan harta faraid patut dipuji kerana tanggungjawab menguruskan hal ehwal anak arwh akan jatuh kepada adik beradik lelaki sebelah suami . Cuma cara Ali mungkin seharusnya lebih berhemah dan bertolenrasi

Semoga kedua belah pihak dapat menyelesaikan dengan cara yang sebaiknya tanpa ada provokasi dari pihak lain. Doakan kesabaran mereka terlindung dari fitnah.

 

sumber : IG kimkidstimer via coretan ummi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.