Isteri juara Da’i ditahan polis

Polis menahan seorang wanita yang merupakan isteri kepada juara program realiti TV, Da’i atas tuduhan menipu seorang pelanggannya.

Mngsa telah membuat laporan polis pada Oktober 2019 yang membawa kepada penangkapan wanita berusia 40 tahun itu di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan, mngsa berurusan dengan isteri Da’i berkenaan pada tahun 2017 berkaitan dengan janji menguruskan sijil halal JAKIM dan sijil KKM bagi produk jamu.

Untuk itu, mngsa telah membuat pembayaran sebanyak RM11,000 kepada isteri Da’i itu tetapi sehingga tahun 2019, tiada sebarang usaha yang dilakukan.

Merasakan diri ditipu, mngsa membuat laporan polis.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.