Jangan lah Berlakon Kami Tak Cukup Masa, Skuad Harimau Malaya Kecundang Di Vietnam

Pada Final Piala AFF Suzuki 2018 Malaysia-Vietnam tidak lekang daripada fikiran rakyat Malaysia untuk tempoh dua minggu ini.

Bibit-bibit final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil yang padat dengan aksi dan tempo tinggi, masih bermain di fikiran sesetengah peminat bola sepak, tak kira sama ada anda rakyat Malaysia atau sebaliknya.

Dalam perlawanan yang berlangsung Selasa lalu itu, kelincahan skuad Naga Emas memaksimumkan setiap pemain mereka dengan permainan serangan balas dan hantaran pantas menjadi pengajaran kepada skuad Harimau Malaya untuk pusingan kedua malam ini.

Namun terdapat pelbagai kritikan daripada peminat peminat Harimau Malaya apabila menyaksikan perlawanan penting pada kali ini, rata rata memberi komen agar skuad harimau malaya agar lebih berwaspada pada barisan pertahanan terutamanya.

Pada minit minit akhir perlawanan, kelihatan seperti penjaga gol cedera apabila dirempuh penyerang Zaquan Adha dalam kotak penalti.

Zaquan Adha seterusnya dilayangkan kad kuning kerana insiden tersebut. Netizen menyifatkan penjaga gol Vietnam pandai membuat lakonan seperti cedera sehingga dapat melengahkan masa.

Di Twitter, boleh dilihat betapa ramai anak gadis yang memuji dan menggilai ketampanan wajah yang dimiliki pemain berusia 25 tahun ini.

Dang Van Lam dilahirkan pada 13 Ogos 1993 di Moscow, Rusia. Jejaka berusia 25 tahun ini merupakan pemain bola Rusia dan berd@rah kacukan Rusia-Vietnam. Ibunya merupakan orang Rusia manakala bapanya berasal dari Vietnam.

Membawa bekal 2-2 pada pertemuan perlawanan pertama, Skuad Harimau Malaya tidak berjaya menembus gawang Vietnam dan keputusan pada malam ini berakhir dengan keputusan 1 (Vietnam) – 0 (Malaysia).

Jom Lihat Gol Pertama Vietnam :

Keputusan akhir :

Namun hari ini, senario sebaliknya pula yang dapat dilihat pada Vietnam yang muncul sebagai sebuah negara contoh di ASEAN & Juara Piala AFF Suzuki 2018. Tahniah buat Vietnam.

Kajian firma PriceWaterhouseCoopers pada 2017 mengangkat Vietnam sebagai ekonomi paling pesat berkembang di dunia. Ia juga dijangka menjadi antara 50 ekonomi terbesar dunia menjelang 2050.

Apa rahsia Vietnam?

Bagi Presiden Dewan Perniagaan Vietnam Malaysia, Datuk Theng Bee Han, kebangkitan Vietnam ialah kerana keterbukaannya membuka pintu negara itu kepada dunia luar.

“Yang paling penting ialah rakyat Vietnam. Mereka sedia menerima rakan-rakan asing untuk bekerja di Vietnam dan ini mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti untuk para pelabur di Vietnam.

“Di Malaysia kita juga perlu telus dan longgarkan polisi pelaburan yang rumit. Dari segi teknologi pula, kita perlu pastikan rakyat kita sedia menerima konsep baharu, idea baharu dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang mesra,” katanya.

Selepas Perang Vietnam, di antara 1975 dan 1997, seramai 1.6 juta warga Vietnam menjadi pelarian ke Amerika Syarikat (AS).

Sebahagian daripada kumpulan ini kemudian menetap dan bekerja di AS dan negara Eropah, sebelum kembali ke Vietnam untuk membantu membangunkan semula negara itu dengan ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja

Sumber : rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.