Jual Air Tepi Jalan Dapat RM81k Sebulan. Peniaga Dedah Rahsia Buat Ramai Teruja

Dia tampak selekeh je dengan tshirt lusuh tapi ramai tak tahu yang incomenya adalah RM81,000 sebulan hanya dengan jual air tepi jalan. Wartawan berjaya bongkar rahsianya. Semoga jadi inspirasi.

RAHSIA JUAL AIR TEPI JALAN

Ali seorang warga Indonesia yang hanya dilihat sebagai peniaga air jalanan di Kuala Lumpur.

Tiada apa yang istimewa. Setiap cawan dijual dengan harga RM1.

Mampukah Ali untuk survive dengan perniagaan seperti ini di Malaysia?

Target Ali hanya menjual sekurang-kurangnya 300 cawan setiap hari.

Bila musim panas, jumlah yang dijual lebih banyak daripada itu.

Keuntungan kasar Ali setiap hari adalah minima RM300.

Dalam masa yang sama, Ali mempunyai 9 buah gerai lain di merata kawasan tumpuan di bawah jagaan pekerjanya.
Setiap gerai tetap sama mempunyai target minima 300 cawan sehari yang membawa keuntungan kasar RM300 untuk setiap satu gerainya.

RM300 sehari x 30 hari = RM9000.

RM9000 x 9 gerai lain miliknya = RM81,000.

Ini bermakna untung kasar Ali hanya dengan menjual air di jalanan untuk setiap bulan adalah RM81,000.

Ditolak modal dan kos, baru berapa sahaja. Dalam tempoh 12 bulan, Ali telahpun bergelar Jutawan Senyap yang hanya berniaga di tepi jalan.

Ini bermakna Ali mampu survive di negara ini malah jauh lebih kaya daripada majoriti rakyat Malaysia sendiri.

Itu baru menjual air di tepi jalan, apalagi dengan perniagaan dengan keuntungan harian yang lebih besar.

Itulah kuasa sebuah perniagaan. Di manakah anda hari ini? Sudah mula berniaga? Renung-renungkan.

Sumber: Oh Media

Kuasa Netizen Berjaya Lariskan Ikan Masin Yang Dijual Warga Emas Ini

Bukan mudah bagi orang zaman sekarang untuk mencari rezeki bagi sesuap nasi. Mungkin sesetengah orang bekerja di pejabat dari pagi hingga ke tengah malam. Namun ada juga orang yang berjalan kaki di tengah panas dan menjaja hasil jualan demi mencari rezeki buat anak isteri di rumah.

Bagi pakcik tua ini, dia memilih untuk menjual ikan masinnya kepada orang ramai demi menampung wang rawatan buat isterinya yang sakit. Kasihan melihat nasib pakcik tersebut menjaja di Melaka Sentral pada setiap hari, seorang netizen bernama Aleef telah memuat naik kisah pakcik itu di Twitter.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Bersama tweet tersebut juga, Aleef telah sertakan nombor telefon berserta akaun bank pakcik berkenaan jikalau ada di antara netizen yang ingin menghulurkan sumbangan kepada insan yang memerlukan pertolongan ini.

Sumber: Twitter

Susulan daripada tularnya kisah pakcik ini, ramai di antara netizen mengambil kesempatan untuk menghulurkan wang sebanyak yang mereka mampu buat warga emas tersebut. Malah, ada yang turut ke lokasi dan membeli ikan masin pakcik tersebut untuk membantu.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Menurut Berita Harian, warga emas yang berasal dari Muar, Johor ini bernama Md Zin Ahmad yang berusia 63 tahun. Dia sanggup berulang-alik dari rumahnya dekat Bukit Pasir seawal jam 8 pagi dengan bas ke Melaka Sentral yang mengambil perjalanan sejauh 100 km.

Demi menyara kehidupannya bersama isteri yang uzur, Md Zin telah menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar. Katanya, jarang sekali orang ramai peduli dengan hasil jualan yang dibawanya, namun dia tidak sesekali mendesak mereka membeli.

“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” jelasnya yang hanya memperoleh komisyen sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus yang dijual.

Sumber: BH

Lebih menyedihkan, dia terpaksa membelanjakan RM30 sehari untuk tambang pergi dan balik serta perbelanjaan makan sehingga pulang jam 9 malam.

“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya lagi.

Bagi Md Zain, jarak antara Muar dan Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia juga menjaga pengambilan ubatan harian untuk penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Malah kini ternyata segala usahanya terbalas apabila kisahnya menjadi tular dan pemilik tweet yang menyebarkan kisah pakcik ini juga mengakui kehidupan pakcik itu kini pastinya sudah senang kerana telah mendapat pelbagai bantuan daripada orang ramai.

Sumber: Twitter

Kuatnya kuasa viral! Semoga bisnes pakcik ini terus maju dan dia tak perlulah lagi berulang-alik jauh hingga ke Melaka. Kasihan mesti penat setiap hari. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.