Kakak dipukul , kena tuduh buat maksiiat. Lepas kakak pergi , barulah abang cerita hal sebenar.

Foto sekadar hiasan..

Assalamualaikum… Hai nama aku Qaseh. Aku ada 4 orang adik beradik. Tahun ni genap 7 tahun kakak menghilangkan diri .Cerita bermula bergini. Kami keluarga susah. Ayah dan abang ngah selalu berhenti kerja. Kami jadi makin susah bila abang long mening gal.

Dua tahun selepas tu kakak dapat sambung belajar. Kakak seorang yang sangat tabah bagi aku. Kakak kerja macam – macam untuk sara hidup dia sebab dia tak nak bebankan ibu.

Sebelum kakak habis belajar, keluarga aku kembali stabil. Dapat pakai kereta baru. Tapi tak lama, dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi. Bila kakak habis belajar, kakak tekad cari kerja di seberang walaupun banyak lecturer dia yang cari untuk bagi geran Master. Kakak tolak. Aku pernah nampak kakak sugul dlm bilik sorang – sorang.

Syukur alhamdulillah tak lama lepas tu kakak dapat kerja dan dapat tanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak tu kakak la yang tanggung segala perbelanjaan . Dari bayar kereta, rumah, belanja sekolah, senang cerita gaji ayah simpan untuk ayah dan ibu sahaja.

Kakak tanggung abang jugak bila dia berhenti kerja dan takde duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga family kita kalau bukan kita sendiri. Hidup kami happy.Satu hari aku balik sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak balik kerja malam tu, abang ngah ma rah – mar ah. Dia tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksiat. Katanya kawan – kawan dia semua nampak. Ibu dan ayah diam seribu bahasa. Malam tu kakak dipu kul teruk. Kakak cuba bela diri. Kakak cakap dia kerja di singapore naik kenderaan awam.Jammed, penat lagi. Mana ada masa nak lepak – lepak semua.

Dan aku akui memang kakak betul. Sebab kakak yang aku kenal akan keluar jumpa kawan masa hari cuti sahaja. Kakak kata penat. Pagi pu kul 6 dah keluar. Malam puk ul 8 lebih baru smpai rumah. Memang setiap hari begitu la rutin kakak.

Tapi makin kakak bertahan makin teruk kakak dipu kul. Dise pak. Ditum buk. Dan takde sorang pon yang pertahankan kakak. Esoknya aku bangun sembahyang aku tengok muka kakak bengk ak – bengk ak. Tangan kakak berbalut sebelah. Kakak tengah bersiap. Kakak kata, takpe harini kakak pergi.

Satu hari nanti kebenaran akan datang jugak. Kakak tinggalkan rumah yang dibeli atas nama sendiri. Kakak bawak kereta ke mana pon aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji. Dia tinggalkan jumlah secukupnya utk kami. Seminggu lepas tu ada orang datang rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh.

Betul kata kakak, tak lama lepas tu abang mengaku yang dia mar ah sebab kereta rumah semua atas nama kakak. Dan dia sengaja buat cerita untuk buang kakak dari family. Aku tengok ibu ayah betul – betul menyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jalan buntu. Setiap bulan kakak akan masukkan duit dalam akaun bank ibu. Kalau raya, banyak jugak kakak masukkan. Memang kami hidup mewah semua hasil titik peluh kakak yang kami tak tau kat mana.

Bila aku masuk ipta, aku dapat sebijik hilux. Terkejut bukan main. Orang yang hantar tu kata kakak yang belikan, pesan kakak belajar rajin – rajin. Sekarang dah nak masuk tahun 3, kakak masih tak dapat kami hubungi. Apa yang aku tahu kakak sekarang berada di Jerman. Itu pon sebab kakak ada hantar barang masa aku kat hostel.Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi. Aku respect kakak sebab dia tak pernah abaikan tanggungjwb terhadap keluarga kami.

Tak pernah orang datang mintak hutang. Tak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke mekah. Tapi semua duit kakak bank in dan semua urusan melalui orang. Apa yang kami tahu semua dah tersedia depan mata.Tabahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak pengorbanan seorang kakak. Aku harap confession ni diviral kan sampai lah kakak dapat baca.

Kami semua rindu kakak. Abang pon dah ada anak 2. Tanpa kakak disisi aku rasa kosong. Sebab kakak la yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar disaat kami susah dahulu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.