Kalau Dapat 100K Nak Main Forex, Puteri Balqis Di Kecam Sehingga Tutup Akaun IG.

Netizen terkejut Balqis menyatakan hasrat mahu sertai pelaburan Forex.

KEHILANGAN akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis sejak Isnin mengundang persoalan dan kebimbangan peminatnya.

Akaun tersebut tidak dapat dicapai oleh pengikut dan dipercayai dinyahaktifkan setelah tular rakaman Balqis menyuarakan hasrat dan perancangan untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex.

Menerusi rakaman video bersama Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik itu ada bertanyakan Balqis apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000.

Balqis memberitahu salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pasaran Forex.

“Kalau dapat RM100,000, Puteri nak buat apa?,” tanya Aliff.

Akaun Instagram Puteri Balqis tidak dapat dicapai pada Isnin.

“Duit tu ada yang Puteri nak simpan, ada yang nak disedekahkan dan untuk Forex. Kami suka graf,” jawab Balqis.

Kenyataannya itu mengejutkan netizen dan menjadi perbualan hangat netizen di laman Twitter kerana pada usia 13 tahun, Balqis sudah memikirkan mengenai dunia pelaburan.

Rata-ratanya kurang bersetuju dengan cadangan Balqis itu memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.

Kisah penderitaan hidup Balqis mendapat perhatian banyak pihak.

Kritikan netizen itu dipercayai menjadi punca Puteri Balqis menyahaktif akaun Instagram miliknya yang kini memiliki lebih 500,000 pengikut.

Pada 12 Januari lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz menarik perhatian netizen apabila dipaparkan dalam program Bersamamu (TV3).

Kisah penderitaan mereka mengundang sebak penonton kerana masing-masing tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan sukar.

https://twitter.com/schxrxsli/status/1218162779816779776?s=19

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.