Kami redha dengan pemergiannya – Isteri Pitt Haniff

“WALAUPUN sedih, saya redha dan syukur suami pergi dalam keadaan syahid kerana sedang bekerja mencari rezeki dan nafkah untuk kami sekeluarga.

“Ketika saya redha semua orang tahu saya sedih dengan pemergiannya. Sebelum ini (sebelum myt dijumpai) saya dan anak-anak sentiasa berdoa ada keajaiban dalam operasi mencarinya.

 

“Masa sama saya beritahu anak-anak kena terima ketentuan Allah SWT dengan apa yang ditakdirkan.”

 

Itu kata Farah Ahmad, 42, isteri kepada pengarah drama dan filem Firdaus Hanif, 43, yang ditemui le mas ketika sedang memancing dekat Jambatan Gemenchur di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis semalam.

Farah berkata, dia sedikit terkilan kerana sudah lebih dua bulan tidak berjumpa suaminya disebabkan kesibukan tugas masing-masing dalam bidang seni.

Farah yang juga pelakon drama berkata, sebelum ini dia dan suami yang dikenali Pitt Hanif merancang untuk bercuti bersama namun tidak dapat direalisasikan.

Katanya, dia bersama tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 16 tahun bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan kru produksi.

“Saya dapat panggilan telefon daripada kru produksi dan terus ke lokasi petang semalam.

“Arwh tidak memaklumkan mahu keluar memancing pada kali terakhir dia menghantar pesanan menerusi aplikasi Whastapp Khamis lalu.

“Assalamualaikum nyawa-nyawa ayah. Itu pesanan terakhir yang dia hantar kepada kami sekeluarga,” katanya.

Farah juga ada memuat naik satu video yang memaparkan saat-saat dia dan krew pencarian sampai ke lokasi penemuan jasad arwh.

Alhamdullilah. Pitt farah dapat iring awak. I told u i will bring u back. Awak nak farah turun ke sungai juga sentuh air yer baru awak nak jumpa farah. Ya Allah so sweetlah pitt ni. Terima kasih pitt sudi berjumpa farah dan yang lain2 .
Ya Allah terima kasih dengar doa2 kami. Syukur. YES YOU NEVER WALK ALONE @pitthanif !
#prayforpitthanif #pittYNWA #iflife #imno14

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Pitt yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi dikatakan memancing bersama seorang lagi rakannya.

Bagaimanapun bot gentian kaca dinaiki mereka dikatakan pecah dipercayai melanggar tiang jambatan sebelum dia dihanyutkan arus sungai manakala rakannya dapat diselamatkan.

Pitt dilaporkan dalam fasa terakhir menyiapkan sesi penggambaran filem Coast Guard yang memulakan penggambaran sejak lebih dua bulan lalu.

Myt dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Metro Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*