Kecewa Hantaran RM25,000 Nak Dibahagi 2 Majlis, Bakal Pengantin Perempuan Nak Tangguh Nikah… Biar Pihak Lelaki Kumpul Lagi RM10,000

APABILA berbicara soal perkahwinan, ia bukanlah sekadar penyatuan antara dua insan.

Sebaliknya, banyak lagi aspek lain yang harus diambil kira termasuklah wang ringgit yang akan dibelanjakan untuk merealisasikannya.

Terbaharu, tular di Facebook dan Twitter mengenai luahan seorang wanita berkaitan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ujar wanita itu, wang hantaran berjumlah RM25,000 dari pihak lelaki akan digunakan untuk melangsungkan majlis di pihak keluarganya.

Namun, dia terkilan apabila bakal suaminya mahu nilai wang itu dikongsi bersama bagi membolehkan satu lagi majlis dijalankan di pihak sana.

“Bulan depan saya nikah hantaran RM25,000. Tapi hubby nak wedding dua tempat. Tempat saya dan tempat pihak lelaki.

“Saya cakap, kalau nak wedding dua tempat, hubby kena tambah duitlah sebab RM25,000 tu wedding tempat saya je.

Wanita itu menyarankan bakal suaminya menangguhkan majlis sehingga tahun depan untuk mencari wang tambahan. (Gambar Hiasan)

“Kan awal-awal dah minta RM25,000 jadi itu hak saya. Kenapa tiba-tiba nak kahwin di tempat dia, dia juga pakai duit tu?” soal wanita berkenaan.

Dalam luahan sama, wanita itu mendedahkan suaminya sebenarnya membuat pinjaman kewangan untuk mendapatkan RM25,000 tersebut.

Malah, dia juga sebolehnya mahu majlis ditangguhkan setahun lagi agar suaminya dapat mencari wang tambahan.

“Hubby saya kata dia layak loan RM25,000 je sebab loan banyak… rumah, kereta lagi. Sekarang hubby terima gaji RM1,000 je sebulan sebab potong semua loan.

“Allahu saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima macam ni.”

BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

“Jadi saya kata pada dia, kita tangguh nikah setahun lagi untuk dia kumpul RM10,000 untuk wedding di tempat pihak lelaki,” kata wanita itu lagi.

Namun katanya, bakal suami tetap berkeras mahu perkahwinan dilangsungkan tahun ini biarpun mereka berhadapan kesulitan kewangan.

Malah, ibu lelaki juga turut menyarankan agar perkahwinan di dua lokasi dibiaya dengan kos RM25,000 itu sahaja.

“Allahu saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima macam ni.

“Perlukah saya batalkan semua ni? Saya sedih diperlakukan macam ni. Saya ada harga diri,” kata wanita itu lagi.

Wanita itu mengakui kecewa apabila wang hantarannya perlu dikongsi untuk melaksanakan majlis di pihak pengantin lelaki.

Paparan skrin luahan berkenaan turut dikongsi seorang pengguna Twitter sehingga menerima lebih 5,400 ulang kicau (Retweet).

Malah, ada yang turut mentertawakan wanita itu kerana kesilapan ejaan perkataan wedding (perkahwinan) yang ditulis sebagai welding (kimpalan).

Pada masa sama, ada yang mempertahankannya dan menganggap tidak semua orang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus.

Selain itu, netizen juga memberikan pendapat agar dia berbincang sebaiknya berhubung majlis perkahwinan tersebut.

Antara komen yang sempat di ambil:

Ika sg buloh: Aku sebagai Wanita, Sarankan lelaki ni cri la wanita lain yg mampu menerima anda seadanya, bru nak Kawin pun da mcm ni, lepas Kawin mcm2 hal blh jd klu lelaki ni minta tlg utk byr kan pape, da mengungkit mcm2… nak idup Alam rumah tangga ni kena same2 support… Allah… semoga dipermudahkan urusan lelaki ini… sepatutnya pompuan ni sme2 berminat, dlm zaman2 mcm ni… ni lagi nak menjahanam kan bakal suami.. mampuihhhh

Sharifah Joya:  berkiranya.Mcm mn nk hidup bersama lps dah jd suami isteri ni.Langsung tk boleh tolak ansur.Patut buat jimat2 sbb lps kahwin kau nk mulakan hidup baru lg perit kl tk de saving.Dgn suami dah buat mcm2 pinjaman loan.Masaklah kl dh kahwin jenuh byr hutang

Hakeem Rusli:Carik La bakal Laki yg mampu kalo dah kau jnis demand..

10k kalo nk kumpul amek setaon, makne nye tak mampu ler

Cer kau carik yg bole kumpul 10k dlm tempoh sebulan..Lagi bagus kalo dpt kumpul 10k dlm tempoh yg Lg singkat, let say seminggu 10k ke..hehee

Izhar kifli: Dah tak mampu, buat la cara tak mampu. Duit tu lepas kahwin,banyak lagi nak guna. Sewa rumah, kelengkapan rumah dan macam-macam lagi. Orang banyak duit pun buat kenduri patut-patut je. Lepas maghrib buat jamuan hingga pukul 11.30 malam. Menjelang tengah malam dah selesai. Buat pun sebelah pihak perempuan je. Buat apa nak fikir susah-susah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!