Keluarga Kanak-Kanak Darjah Tiga Pandu Kereta Sudah Berjaya Di Kesan. Ini Tindakan Yang Dikenakan

Tak dinafikan, budak-budak zaman kini memang terlebih berani hinggakan ada kalanya buat sesuatu yang tak sepadan dengan usia masing-masing.

Jika dahulu, seusia sebegini mereka hanya tahu berbasikal saja, tapi nampaknya sekarang ada lebih ‘advance‘ siap memandu kereta pula.

Itulah yang berlaku menerusi rakaman video tular di laman sosial baru-baru ini.

Budak 9 tahun selamba ronda kampung bawa kereta tanpa pengawasan orang tua..

Berdasarkan rakaman video terbabit, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun berkenaan memandu sebuah kereta jenis Proton Saga seorang diri tanpa pengawasan ibu bapa atau sebarang individu dewasa.

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam video berdurasi kurang daripada seminit itu, kanak-kanak terbabit telah disapa dan menjawab soalan perakam yang kebetulan terlihatnya sedang memberhentikan kereta di tepi jalan.

Selain menjelaskan umurnya, dia turut mengakui bahawa bapanya sendiri yang telah mengajarnya cara memandu kenderaan tersebut sebelum berlalu pergi.

Pihak polis sedang giat mengesan ibu bapa kanak-kanak terbabit..

PoIis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta seperti yang tular di Facebook sejak pagi tadi.

Ketua PoIis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha juga sedang dilakukan bagi mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk si4satan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kender4an.

“Kita akan jalankan si4satan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

“Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang lap0ran poIis mengenainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

Video:

Budak 9 Tahun Drive Kereta di Rembau

Polis cari kanak-kanak darjah tiga pandu kereta REMBAU – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta seperti yang tular di Facebook sejak pagi tadi.Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha juga sedang dilakukan bagi mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan."Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil."Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya," katanya kepada Sinar Harian.Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.▶️𝑺𝒊𝒏𝒂𝒓 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏

Gepostet von Info Roadblock JPJ/POLIS am Sonntag, 6. September 2020

Dapat Dah

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak terbabit mendapat kebenaran untuk memandu kenderaan tersebut ataupun tidak.

Kenyataan Terkini IPD Rembau

Sumber: sinarharian