Kerajaan PH Melaka tumbang, Norhizam sertai kerajaan baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tumbang hari ini dan bakal diambilaih oleh gabungan politik baharu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab. Raof Jusoh berkata, kerajaan negeri akan diambilalih oleh Perikatan Nasional (PN) selaras dengan perubahan kerajaan Pusat.

“Kerajaan PH di Melaka tidak dapat kepercayaan bila dua orang dari Bersatu bentuk gabungan kerajaan bersama BN.

“Secara rasminya, kerajaan PH Melaka tidak berfungsi, kita BN akan ambilalih kerajaan dan diumumkan setiausaha kerajaan negeri tidak lama lagi,” katanya dalam sidang media BN di Melaka hari ini.

Adun Pengakalan Batu, Datuk Norhizam Baktee bersama Ketua Pembangkang yang juga ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron semasa sidang media penubuhan kerajaan baharu kerajaan negeri Melaka harini

Raof yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO berkata, pelantikan ketua menteri yang baharu juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kini bergabung dengan empat lagi ADUN Bersatu dan DAP di negeri itu.

Paling menarik, wakil rakyat DAP kontroversi yang juga ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Terdahulu Abd Raof menemui Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama sekumpulan ADUN.- MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.