Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental – Kes Hina Agong

KUALA LUMPUR: Polis hari ini berkata lelaki yang ditaahan kerana didakwa mengh1na Yang di-Pertuan Agong didapati mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental.

“Suspek sakiit mental,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman.

Suspek memuat naik status mengh1na Agong menerusi akaun Facebook Aaron Yee.(Gambar Facebook)

TERDAHULU, Polis menahan seorang lelaki tempatan hari ini kerana memuat naik status mengh1na Yang di-Pertuan Agong di Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata, suspek berusia 35 tahun itu dikatakan memuat naik status mengh1na Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menerusi akaun Facebook Aaron Yee.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan, iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman juga sedang menyiasat pemilik akaun Gavin Lee dan Haizad Azhar kerana melakukan kesalahan sama.”

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap status yang dimuat naik pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa kerana mempunyai unsur hasutan.

“Status dimuat naik ini boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, permvsuhan dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Huzir menggesa orang ramai mendukung prinsip rukun negara, iaitu kesetiaan kepada raja dan negara serta tidak membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni.

“Polis turut menasihatkan semua pihak tidak menyalahi undang-undang dan akan bertindak tegas mengheret pesalah ke muka pengadilan.”

Sumber: FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.