“Lantaklah Dia..Dia Nak Keluar Ke..Makcik Tak Hirau” – Ibu Arwh Abam Akui Tak Simpan Nombor Menantu

Ibu arwh Abam, Sabariah Arshad, memberitahu bahawa dia tidak mahu ambil peduli dengan apa yang dilakukan menantunya, Nor Hidayah Mohd. Ali apabila bertindak untuk keluar daripada rumah selepas pemergian Abam

Menurut ibu kepada empat ini, dia pun tidak tahu membaca. Cuma, segala situasi cerita yang berlaku diketahui melalui penceritaan anaknya, Ali Puteh.

“Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahy4rham Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka.

“Cuma seminggu sebelum Abam men1nggl dunia, nombor telefon arwh hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, arwh tak pernah lupa telefon saya,” katanya.

Bahkan, katanya dia kini hanya mahu memikirkan nasibnya sahaja selepas kehilangan anak tersayangnya.

“Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau. 

“Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Siapa nak tanggung saya makan, saya fikir tu,” luahnya ketika ditemui selepas Majlis Tahlil anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Jelasnya, lagi, baik Hidayah atau dirinya, masing-masing tidak pernah berhubung selepas pemergian Abam.

“Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak ada nombor telefon dia. 


Ujarnya, lebih baik dia dan Hidayah, masing-masing tidak berhubung selepas pemergian Abam.

“Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Semuanya nombor telefon anak-anak saya,” katanya.

Sebelum ini, kisah keluarga Ali menjadi perhatian selepas usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara live di Facebook.

Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka.

Situasi tersebut kemudian menjadi tegang sehingga mencetuskan perbalahan dua keluarga dan mendapat perhatian netizen.

Abam men1nggl dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Sumber: gempak via metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.