“Lepas ko kahwin aku nak ko berambus dari rumah ni” – Aku tercabar dgn mak. Ini jawab aku

Foto sekadar hiasan (carian google).

Assalamualaikum. Aku seorang perempuan yang dah berkahwin, punya anak 2 orang. Sebenarnya tak tahu nak mula cerita daripada mana sebab dalam hati ni dah tak tertanggung rasanya. Aku ada masalah sedikit dengan mak aku. Kami ni diibaratkan macam “panas”, tak boleh nak sehaluan. Sejak kecil apa yang aku buat seringkali ada sahaja yang tak kena dimatanya.

Mak aku pernah bercerai dengan bapa aku. Waktu tu umur aku 2 tahun. Lepas bercerai bapa aku tak pernah ambil tahu pasal kami. Nafkah jauh sekali. Mak aku selalu salahkan aku. Bila2 aku berperangai degil atau tak ikut apa yang dia suruh, dia akan cakap “ko ni memang ikut baka bapak ko! Baka tak elok! keturunan aku semua elok2 takde perangai macam ko ni. Susah nak dibentuk!”.

Kadang2 sampai mengeluarkan perkataan, “sedarlah sikit diri ko tu, aku pungut ko duduk dengan aku pun ko tak reti bersyukur! Kalau ko duduk dengan atok nenek ko baru ko tau langit tinggi ke rendah!!” kata2 hinaan dah memang lali dek telinga.

Lepas tu mak aku ada berkahwin semula beberapa tahun kemudian, dalam umur aku 5 6 tahun gitu. Tu yang aku ingat. Selepas berkahwin mereka tak pernah ada anak. Mungkin kerana bapa tiri – panas baran, suka baling barang, pernah juga sepak terajang aku, pernah juga lempar aku hingga kepala hempas ke lantai. Rumah aku tak pernah aman dari kecil sampai sekarang pun.

Pernah aku membenci bapa tiri sampai berkata dalam hati, kalau dia meninggal nanti aku takkan jejak kubur dia. Masa tu aku darjah 5 lepas dia tolak aku hingga terhantuk ke lantai sebab bergaduh dengan mak. Cuma sekarang dah makin slow sebab bapa aku dah mula sakit. Sakit tua.

Setiap kali mak bapa tiri aku bergaduh, ada masanya aku yang dipersalahkan. Ada masanya juga aku ambil sikap berani dengan tengking mereka berdua suruh diam. Tapi lepas tu aku yang kena balik. Bapa tiri tak pernah ada pekerjaan tetap.

Mak aku alhamdulillah seorang penjawat awam dan ada gaji yang agak tinggi. Aku akui, mak aku membesarkan aku dengan hasil usaha dia sendiri. Tapi ada sikap mak aku yang aku tak berapa suka, tak berapa senang. Dia suka mengarah, suka marah2, suka memaksa, suka control power, take charge semua benda.

Banyak kali juga mak aku cerita yang buruk pasal aku pada saudara mara, banding2 kan aku dengan sepupu2 aku, sehingga aku jadi tertekan. Sepupu2 aku memang pandai2 belaka. Belajar sampai oversea. Aku pon belajar takat diploma jela. Sampai sekarang da ada anak pun mak aku masih suka nak banding2 kan aku dengan sepupu2 lain. Aku rimas dengan sikap mak aku.

Sebelum aku nak kahwin, macam2 aku buat untuk buktikan yang aku memang dah bersedia untum kahwin. Sebab aku memang dah tak tahan nak duduk rumah tu lagi. Hanya perkahwinan je yang boleh buat aku keluar dari rumah. Mak aku langsung tak ambil tau urusan aku nak kahwin. Semuanya aku buat sendiri A-Z.

Mak siap cakap, lepas ko kahwin aku nak ko berambus dari rumah ni!! Aku tercabar. Aku jawab, fine!! Memang sampai bila2 takkan balik sini dah!

Waktu aku nak bertunang, mak aku malukan aku depan semua orang. Dikatanya make up aku buruk, hodoh, muka jadi lain. Padehal kawan2 aku yang datang masing2 puji make up cantik. Tapi aku malu dan sedih sebab mak aku sendiri sanggup cakap macam tu depan ramai2 orang. Waktu nak bernikah pun sama. Dia marah2 depan semua orang, depan bakal besan. Aku malu sangat.

Lepas akad nikah fotografer nak ambil gambar kami semua. Tapi mak marah2 dalam masjid dia kata mana boleh ambil2 gambar,balik terus!! Sampai fotografer pun macam terkedu. Dia kata mama memang macam tu ke.. Garang ye..huhu..aku senyum je.

Sampai la habis majlis, satu gambar pun dia tak sudi nak ambil dengan kami. Dalam album kahwin takde pun gambar mak. Aku sedih dan kecewa rasanya. Sedangkan aku ni satu2nya anak mak.

Macam2 lagi yang mak aku pernah cakap. Kata2 yang keluar semuanya berbisa. Dan dia ada sikap paranoid, mungkin kesan bercerai. Kadang2 macam psiko pun ada. Makcik2 aku pun kata yang mak aku tu macam “sakit”, maksudnya kurang normal.

Makcik2 aku pun kata kat aku dorang tak tahan kalau bersembang dengan mak aku. Dalam hati aku, tak guna punya makcik, sanggup cakap macam ty kat adik beradik sendiri. Tapi hakikatnya memang betul apa yang dorang cakap.

Mak aku kalau bercakap 3 4 jam non stop pun dia boleh. Hebat tak hebat. Memang koyak mental dan telinga. Entah lah bila mak aku nak berubah. Hubungan aku dengan mak memang tak pernah mesra. Tak tahu macam mana nak pulihkan. Sekarang ni pun memang jarang2 aku balik rumah mak. Segala perkataan2 mak masih aku tak dapat lupakan.

Setiap kali jumpa pun mak aku suka nak mengungkit. Aku tak boleh nak tahan lagi, tak boleh nak dengar lagi. Aku selalu harap yang mak aku macam mak orang lain. Penuh kata2 lembut, kata2 sayang, boleh peluk2 dan boleh sembang2 macam kawan baik. Tapi tak pernahnya berlaku.

Aku cuba macam mana pun, tetap macam tu juga. Aku sayang mak aku cuma tak tahu nak berbaik macam mana. Dia pun bukan sejenis yang berfikiran terbuka dan tak suka disentuh2.

Bila nak bersalam pun dia cepat2 tarik tangan. Memang tak faham. Suami aku pun banyak juga terasa hati dengan mak aku. Tapi aku kata dah memang perangai mak macam tu, jangan dilayan perasaan tu..

Doakan aku semoga hati aku pulih dan aku rajin untuk balik ke rumah mak aku. Setakat ni memang berat sangat hati setiap kali nak balik. Setiap kali balik ada je kata2 yang tak sedap didengar. Doakan aku lebih tabah dan sabar. Terima kasih semua.

Antara komen netizen :

Nur Suhaini Anuar –saya ada kenal orang yang menghadapi nasib yang sama dengan akak. tapi dia sentiasa berbuat baik pada mak dia tak kira macam mana sekalipun. dia terus terus dan terus berbuat baik meski hati dia hancur. lama jugak dia sabar dan doa akhirnya Allah lembutkan juga hati mak dia . mohon akak sabar ya saya doakan mak akak dilembutkan hati amin

Merah Ikham Sham –Mak camni sebenarnya dari parent dia sendiri. Dia sakit dah lama. Lepastu dia pulak tabur dendam kat anak sendiri. Anak sendiri ada kemungkinan akan ikot balik perangai mak dia sampai la berterusan. Harap confessor tabah dan pujuk hati setiap kali mak berperangai sebegitu dan doa kita tak jejak langkah mak. Jgn sakitkan hati anak, mak bukan tuhan, mak bukan maksum.

Jamaliah Mohd –Mak awak ada benda yg dipendam
Cubalah selami hatinya…cari masa utk korang berdua je…berbicara hati ke hati…mak awak mungkin rasa xde orang yg faham dia…ambek tau pasal dia…pasal hati dia…kesian mak…banyak yg dia pendam tu…mak xnak salam tarik tgn dia…peluk kuat2…tarik muka dia…cium kedua2 pipinya…mula2 mmg kekok…mmg malu…

Tp lama2 hati mak akan tersentuh…kita anak…mengalah…dulu mak sy pon bukn jns tjuk ksh syg peluk cium semua…tp sjk sy ada anak sy nak anak2 sy salam cium tgn sy…cium pipi sy…peluk sy…lps tu sy tpikir sy x pnh peluk n cium mak…sjk dr bbrp thn lps sy amalkan salam peluk cium tgn dan pipi emak…mak pon npk lain dan dia suka..dgn adik beradik pon sama…
Cubalah…xkan rugi

Miz Atom –Dear confessor.

Izinkan saya utk meluah jugak. Saya bersyukur my mom tak sebegitu. Cuma adalah sikapnya kurang menyenangkan. Dulu masa kecik, my mom seriously memang tak suka saya. Tapi kakak n abang dijulang tinggi. Masa kecik, dia rajin kutuk muka saya hodoh malaslah apalah. Walaupun saya usaha nak bagi dia happy, dia tetap sebegitu.

Sampaikan dia marah2 saya klu saya berkawan dgn sesiapa tmasuklah sesama jantina. Saya tahu my mom stress dgn bapak saya, sebab bapak langsung tak bagi nafkah dlm bentuk kperluan asas duit, makanan, pakaian dsb kepadanya. Bapak memang kedekut soal duit, tambah pulak bapak baran.

Oh ya! Lupa nak gtau. My mom jenis perfectionist, nak lengkap serba serbi dlm hidupnya wpun sedar kemampuan dirinya terbatas. Dulu dia ambik upah mengasuh anak orang, menjahit n memasak, sekarang usia dah meningkat dgn sakit tak menentu makanya duduk di rumah sajalah.

Sebab apa kakak n abang dijulang tinggi? Sebab kakak n abang ikut saja apa mak kata. Mak mintak barang bernilai beratus2 beribu2, kakak tunaikan permintaannya sampai sanggup berhutang. Abang ikut kemampuan dirinya coz dia sudah berkahwin, ada komitmen di situ. Saya memang tak akan penuhi segala permintaan my mom melainkan keperluan harian saja, baru saya tunaikan. Itu sebab, anak2 dibandingkan.

Masa kakak di universiti dulu, kakak suka berkawan dgn anak2 vip vvip. Makanya segala dlm hidupnya up to date, klu dia nak apa2, dia mintak kat my mom smpai sanggup menangis. Waktu inilah my mom sanggup bergolak gadai demi anak tersayang. Saya waktu tu nak ambik SPM, dipandang sepiii. Bab berkawan, saya paling takut nak berkawan dgn anak vip coz saya sedar diri ini siapa. Saya ramai kawan dari anak2 orang susah coz merekalah memotivasikan diri saya dlm kehidupan harian.

Soal jodoh, saya dan kakak belum lagi berkahwin. Saya dah 3series n kakak bakal 4series. Ramai calon nak masuk meminang kakak, tapi semuanya ditolak oleh my mom. Coz dia fikir, anaknya belajar tinggi, ada pangkat segalanya lengkap dlm hidupnya, mestilah berjodoh dgn orang sama level dengannya. Makanya, sampai umur tahun depan 4series belum lagi berkahwin.

Segala bezday, mother’s day dsb, saya usaha happy kan dia dgn bagi hadiah, tapi kesemua hadiah saya berikan seperti tak dihargai. Ada hadiah diberinya kepada orang lain, disimpan berkurun lamanya tidak digunakan, ada jugak dibuang dlm tong sampah.

Saya baru tiba di kampung. Semalam di airport, terharu sebak gilerr saya tengok, si ibu jemput anak gadisnya di airport dgn menaiki perodua viva. Siap diberikan bunga utk anak gadisnya sambil berpelukan sesama mereka. Sedangkan saya, balik sendiri2 sambil booking grab.

It’s ok, saya dah biasa berdikari sendiri dlm segenap hal, it’s ok. It’s ok. I’m ok!

– Mrs M (Bukan nama sebenar) via iiumc

Kredit tribunemalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*