Lucu budak 5 tahun kacau tunang makcik guna “voicenote”

Telatah anak kecil sering sahaja mencuri perhatian. Seperti perkongsian seorang gadis bernama Ika di Twitter baru-baru ini, anak saudaranya yang baru sahaja berusia lima tahun telah menghantar beberapa voicenote kepada tunangnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Lebih menghiburkan, tunangan Ika pula selamba melayan segala voicenote itu, persis lagak seorang teman lelaki melayani ragam gedik si teman wanita.

Segalanya berpunca apabila Ika telah tertinggal telefon bimbitnya secara merata di dalam rumah, membuatkan anak kecil itu menjumpainya lalu terus membuka ruangan WhatsApp dan menghantar beberapa pesanan suara kepada tunangan ibu saudaranya.

https://twitter.com/nratikh7/status/1173151528686764032?s=19

Inilah budak yang dimaksudkan itu.

Dalam status yang lain Ika ada memuat naik satu video yang merakamkan sedutan anak buahnya meminta maaf

https://twitter.com/nratikh7/status/1173406841595813888?s=19

 

Anak buah aku memang bahasakan diri dia i / saya / kak ngah. Mama dia habaq dekat sekolah memang cikgu suruh gunakan perkataan i. 

Persis seorang awek ‘clingy’, dalam perbualan itu anak buahnya telah berpesan supaya lelaki itu tidak bermain mata dengan perempuan lain. Telatah adik perempuan ini ternyata membuatkan netizen ramai terhibur dan memberikan respon mereka di ruangan komen.

Comel ank buah you.. Tolong cubit pipi tu.. Geram je nakal2 main phone aunty dia.

Gatai sungguh hang no? Hahahahaha. Comel perangai.

“you jangan nakal² , i tengok u” hahahha this part sumpah cute dia punya warning macam dia pulak yang nak kawin nanti.

Warning dia balik gini “Ewah ewah hang dok kacau tunang kak noh , satgi kak nak pi kedai kak tak beli aiskrim kat hang” ha giteww.

Kecomelan telatah adik kecil ini juga ternyata membuatkan ramai menjadi cair. Perkara itu telah menjadi pujian ramai di ruangan komen.

Sumber: twitter Ika via kisahdunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.