Madam Louisa Chong Peluk Islam, Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci

Saya tidak pernah putus asa”. Itu kata-kata semangat pelakon dan pelawak, Louisa Chong apabila berdepan dengan dugaan untuk menjaga suaminya, Hamid Samad yang menghid4p peny4kit angin ah mar (str0k) sejak beberapa tahun lalu.

Sudah pun memeluk agama Islam, Louisa atau nama Islamnya, Louisa Alissa Chong Abdullah telah diberi kekuatan olehNya dalam menjaga suami tersayang.

“Suami saya menghid4p tiga str ok dan ia sangat serius sehingga munt4h dar4h dan akhirnya k0ma. 

“Ketika dia k0ma, saya tak tahu nak buat apa. Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta simpati, yalah sebagai seorang yang bergelar selebriti, kan. Saya tak ada niat sebegitu untuk minta simpati,” kongsinya.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi saluran YouTube, JayIbrahim Al Islam yang dimuat naik Disember lalu.

Jelasnya, dia tetap reda dengan ujian dari Allah dan tidak mahu meminta simpati dari mana-mana pihak meski bergelar seorang selebriti.

“Jadi, sekiranya ada di antara kalian yang salah seorang ahli keluarga mengalami peny4kit serius seperti ini, boleh belajar dari pengalaman saya. 

“Saya tak kata saya seorang yang alim,  tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf, saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya,” katanya sebak.

Mahu menjadi seorang hamba Allah yang kuat, anak kelahiran Perak ini bersyukur kerana dengan berkat doa dan kesabaranya selama ini, suaminya kini mampu berjalan secara perlahan-lahan.

“Syukur Alahamdulillah selama ini Allah jaga suami saya. Sehingga kini, suami saya sudah boleh berjalan dan saya boleh jejak kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah.

“Walaupun dalam keadaan berkerusi roda, tapi suami saya tetap berusaha untuk berjalan dengan satu kaki yang tarik satu kaki 

“Apa jua cabaran dan rintangan yang kita lalui dalam kehidupan, kita mesti ingat kepercayaan pada Allah dan saya tidak pernah berputus asa, saya terima dengan reda ujian dari Allah. 

“Sebab Allah amat sayang pada hambaNya sebab itu Dia beri dugaan dan cabaran pada kita,” akhirinya.

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.