‘Mak tak nak balik, geli bau taik atok’ – Ibu terkilan, menantu berubah

Semasa di awal perhubungan, segalanya baik. Ketiga-tiga menantunya dilayan sama rata, tiada dibanding beza sehingga mereka menjadi begitu akrab dan bahagia.

Namun, segalanya berubah selepas bapa mertua jatuh sakit dan tidak lagi berkemampuan bergerak seperti orang normal. Sedikit demi sedikit, timbul rasa kurang selesa di kalangan menantu. Suami mereka pula tetap taat menjaga bapa yang tidak sihat, meskipun isteri masing-masing adakalanya enggan bersama pulang ke kampung atas alasan jijik.

Perkara itu diceritakan oleh si cucu kepada neneknya, membuatkan wanita warga emas itu terkilan. Dia terpaksa berpura-pura tidak mengetahui semua itu dan tetap melayani menantunya seperti biasa. Sehingga tidak dapat ditahan lagi.. segalanya sudah tidak dapat dibendung lagi.

ASSALAMUALAIKUM. Cucu makcik kata di sini boleh meluahkan perasaan. Kalau makcik luahkan depan anak menantu, bimbang mereka terasa hati. Makcik harap, apa yang makcik taip sampailah pada anak menantu makcik.

Makcik ada tiga anak lelaki, tiga menantu, cucu ramai. Dulu makcik kerja, sekarang dah pencen. Suami masih hidup lagi. Makcik layan menantu lebih dari anak sendiri sebab mereka datang dalam hidup makcik, galas tanggungjawab makcik menjaga anak-anak makcik, melahirkan cucu makcik.

Makcik tak pernah anggap menantu tak sama, semuanya sama. Kalau masuk dapur, hendaknya semua masuk dapur. Tak pandai masak pun makcik tak kisah, makcik ajar. Makcik buat macam kawan. Bila mereka bersaIin, makciklah yang menjaga pantang mereka, cuci Iuka, cari herba mandian. Makcik nak kenangan semasa hidup ini diingat menantu.

Sanggup bek0rban demi kebahagiaan anak

Selepas kahwin, makcik tetap bantu anak-anak makcik di kala duit tak cukup di hujung bulan sebab makcik pernah rasa permulaan hidup. Kalau tidak ibu bapa, siapa lagi nak bantu anak menantu? Kami hidup harmoni. Setitik pun makcik tak masuk campur hidup anak menantu. Kecuali kalau mereka perlukan bantuan makcik barulah makcik tolong.

Makcik selalu pesan pada anak lelaki makcik,

“kamu kawin dengan orang yang masih ada ibu bapanya. Jangan sesekali Iarang isteri balik rumah ibu bapanya. Sebiji beras pun kamu tidak pernah bagi untuk membessarkan isteri kamu melainkan ibu bapanya.”

Keluarga mereka aman harmoni dan doa saya tak pernah puttus. Tapi sejak suami makcik sakiit, entah kenapa hilang seri kasih sayang yang dulu pernah menantu makcik berikan. Anak makcik kadang balik seorang. Kadang dengan cucu makcik. Cucu makcik bercerita maknya tak nak balik,

“GeIi bau tahhi atok. Nanti abah suruh mak buat, mak geIi katanya”.

Ada juga cucu lain mengaddu, sejak abah diorang kerap balik waktu cuti melawat dan jaga atok, mak diorang bergaduh. Katanya tak ada masa untuk dia dan anak-anak. Bukan seorang dua cucu makcik bercerita. Berlinangan air mata makcik dengar.

Bila makcik tatap anak-anak yang balik jaga abah dia, makcik jadi sebak. Dia kena kerja cari rezeki anak bini, bila cuti balik sini jaga abah dia. Kerana kami rumah tangga yang dulu aman kini teggang. Bergaduh depan anak-anak.

Duit makcik tak kisah. Makcik dan pakcik ada duit pencen. Makcik nasihatkan tiga anak makcik untuk tidak balik dah. Jaga keluarga itu keutamaan. Tapi 3 beradik tu dengan alasan yang sama,

“Selagi mak dan ayah masih hidup, selagi itu kami nak bahagiakan”.

Hati makcik sayu dengar. Tapi hati ibu takkan biarkan anaknya hidup dalam keadaan terseppit. Makcik cakap, makcik nak upah orang untuk jaga ayah diorang. Dan memang ada orang jaga pakcik. Tapi anak makcik petang Jumaat je tiga orang mesti balik juga. Kadang bergilir Jumaat – Sulung, Sabtu – Anggah, Ahad – Bongsu.

Dihalau keluar rumah

Mereka tak nak benarkan orang yang diupah mandikan abah diorang. Diorang nak buat. Kalau sulung yang jaga abah, angah tebas rumput luar rumah, bongsu mop sapu lantai cuci tandas dapur. Begitulah mereka bergilir-gilir.

Kalau menantu ikut balik sekali, semua wajah mereka nampak muram. Makcik tetap masak macam selalu. Ajak berborak bagaikan tidak tahu apa yang jadi. Tapi akhirnya satu malam, Angah tertingggi suara depan isterinya. Makcik ingat hanya Angah, rupanya Along dengan Ucu pun sama marahkan isteri masing-masing.

Mereka baIing beg isteri diorang keluar. Makcik lari turun tangga halang menantu makcik pergi. Jangan kerana makcik pakcik, anak mereka hilang mak. Jangan kerana syurga ibu, cucu makcik hilang seri syurga ibu bapa.

Makcik pakcik dah sepakat, demi anak menantu cucu, kami nak masuk rumah orang tua. Cuma makcik nak tahu. Ada tak rumah orang tua yang tidak memisahkan tilam bantal suami isteri? Makcik tak nak tidur tanpa suami makcik. Umur makcik bila-bila masa saja. Biarlah setiap saat makcik dan pakcik bersama.

Kalau ada rumah orang tua yang tidak pisahkan makcik pakcik, tolong beritahu ye.

Salam kemaafan andai ada yang tak faham cerita makcik.

Sumber : The reporter via sajasembang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.