Maruah guru Dihina & dipijak2, peguam tampil tawar khidmat bantu ‘ustazah merangkak’ ambil tindakan

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri, mengorbankan masa dan tenaga demi melihat kejayaan pelajarnya. Tanpa seorang guru, siapalah kita hari ini. Setuju? Perkongsian kali ini buat kami tergaman apabila maruah seorang guru dipijak-pijak bagai tiada erti.

Rakaman video berdurasi 2 minit ini menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan seorang ibu yang dilihat menyuruh seorang ustazah merangkak gara-gara anaknya didenda.

Cukup kurang ajar, sebagai parent awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu utk anakmu. Mana jabatan pendidikan malaysia, sila ambik tindakan buat insan bodoh ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambik masa seminggu handle sahaja untuk handle kelas handle kerenah anak-anak murid.

Di dalam video tersebut, ibu tersebut dipercayai datang ke sekolah dan meminta ustazah itu merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan murid, sebagai hukuman kerana mendenda anaknya. Menurutnya, anaknya trauma tidak mahu hadir ke sekolah gara-gara didenda oleh ustazah tersebut. Malah, dakwanya lagi anak itu cedera tidak dapat mengambil air wuduk kerana kesakitan.

Video itu menimbulkan amarah orang ramai yang merasakan perbuatan itu sangat biadap. Seorang guru tidak patut diperlakukan sedekimian walau ianya berpunca dari guru tersebut.

Berkenaan video tular, memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh seorang wanita, dipercayai ibu kepada murid, telah mendapat perhatian seorang peguam.

Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, memaklumkan mahu membantu ustazah terbabit mengambil tindakan undang-undang.

Dalam hantarannya, peguam berkenaan meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, supaya dia dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.

Menerusi entrinya, peguam itu berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana sehingga menjatuhkan maruah guru, sedangkan ada saluran yang lebih baik digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Difahamkan, sebelum ini peguam itu telah berkongsi video tular ustazah terbabit, namun terpaksa dipadam berikutan ada beberapa netizen yang kurang senang.

Bagaimana pun, mengulas tindakannya memuat naik video itu, adalah untuk dijadikan sebagai bukti bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.

Justeru, bagi sesiapa yang ada maklumat mengenai ustazah itu, sila hubungi puan Nurhidayaty. Perkara seperti ini perlu dijadikan pengajaran buat para ibu bapa dan institusi pendidikan, supaya tidak sesuka hati menghukum tanpa mengikut saluran yang betul. Sumber : Nurhidayaty Maidin

Komen warganet

Klau betul apa yang sedara dia ni kata aku rasa memang patut lah kena macam ni Sampai budak berhenti sekolah ko buat adoiii kak uztajah oi . Lagipon kalau uztajah tak salah uztajah tak payah ikot apa mak budak ni suruh ni mesti sebab kena ugut banyak bukti yang tunjuk uztajah suka dera murid

Dulu aku sekolah. Lagi teruk kena dengan ustazah. Cubit sampai berdarah pun ada. Kena rotan xyah cerita. Tapi aku bersyukur sangat. Dengan denda yang ustazah bagi aku jadi orang. Mak bapak sekarang tak boleh diajar. Sesuka hati dia jer nak membuat orang gini. Buat macam orang xde maruah.cabaran guru masa kini

Kpd mak budak tu .. Dgn serta merta ko bawak anak ko balik .. Ko didik sendiri kat rumah dgn moral value ko y sgt tggi tu .. Ko level tggi xlayak ckgu ajar anak ko .. Ko ajar sndiri msti lg bagus .. Kalau ko salah time tu .. Harap anak ko suruh ko merangkak depan dia

Tbaek cik peguam.. kasi ajar mak dia sket. Belajar utk hormat pd guru. X puashati bkn itu caranya.. pegi pej jumpa guru besar buat aduan ke ppd ke.. ko malukan gitu.. mana maruah dia sbg guru dpn murid2 dia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.