Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berulat, Ramai Dah ‘Kena’ Di Gerai Berhantu Parit-Manong

Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berulat, Ramai Dah 'Kena' Di Gerai Berhantu Parit-Manong

Lelaki ini berkongsikan pengalaman seramnya apabila bekerja sebagai pemandu lori hampir 10 tahun. Seperti yang kita sedia ketahui, ramai pemandu lori yang memandu jauh pada waktu tengah-tengah malam dan pagi buta. Ikuti perkongsian oleh pemandu lori ini di bawah.Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berulat, Ramai Dah 'Kena' Di Gerai Berhantu Parit-Manong

Pemandu lori yang dikenali sebagai Yusof (nama samaran) memberitahu sudah menjadi kebiasaan dia akan memandu pada waktu malam dan menggunakan jalan kampung memandangkan ia lebih menjimatkan masa.

Selain itu katanya, jalan kampung membuatkan dia tidak bosan dan boleh melihat kawasan persekitaran selain mudah untuk membeli makanan memandangkan terdapat banyak kedai di tepi jalan.

Seperti biasa, ketika dia ditugaskan menghantar barang dari Klang ke Pulau Pinang, Yusof menggunakan jalan kampung melalui Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan, Parit sebelum masuk semula ke lebuh raya di Changkat Jering, Perak.

Yusof lebih gemar mengikut jalan kampung berbanding lebuh raya. Ketika melewati Parit-Manong, Yusof memberitahu perutnya berasa lapar dan ternampak sebuah gerai di tepi jalan.Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berulat, Ramai Dah 'Kena' Di Gerai Berhantu Parit-Manong

“Ketika itu malam tetapi belum tengah malam, banyak gerai masih dibuka tetapi saya tertarik dengan sebuah gerai ini yang menjual kuih muih dan makanan bergoreng.

“Saya beli dua bungkus mi goreng dan bagi RM50 kepada peniaga memandangkan saya tiada duit kecil. Selepas dia serahkan baki, saya terus masuk ke dalam poket dan berlalu pergi,” katanya.

Yusof berkata, bagi menjimatkan masa, dia menikmati mi goreng yang dibeli sambil memandu ke Changkat Jering dan sebelum masuk ke lebuh raya dia singgah di sebuah stesen minyak untuk membuang air kecil.

“Sebelum keluar daripada lori, saya nak simpan duit baki beli mi goreng ke dalam dompet. Tapi masa masukkan tangan dalam poket saya rasa pelik.

“Macam ada benda lain dalam poket dan bukannya duit. Apabila saya tarik keluar, hanya ada empat keping daun kering! Masa itu meremang bulu roma saya,” katanya.

Lokasi gerai sebenarnya tanah perkuburan!

Yusof memberitahu dia berasa tidak sedap hati dengan mi goreng yang dijamahnya tadi dan terus membuka sebungkus lagi mi yang dibeli tadi.

Alangkah terkejutnya Yusof apabila dia mendapati bungkusan itu mempunyai tanah liat bercampur cacing dan ulat.

“Tekak saya terus rasa loya sebab saya tahu bungkusan pertama yang saya makan tadi bukan makanan tetapi tanah bercampur ulat!

“Saya terus berlari ke tandas dan muntah kembali apa yang saya makan tadi dan bagai dijangka apa yang keluar seperti tanah dan ada benda bergerak,” ceritanya.

Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berulat, Ramai Dah 'Kena' Di Gerai Berhantu Parit-Manong

Yusof terkejut apabila mendapati kawasan gerai itu adalah tanah perkburan.

Meskipun trauma dengan kejadian itu, Yusof memberitahu dia tetap meneruskan perjalanan ke destinasi sebelum pulang ke Klang keesokkan harinya.

Perasaan ingin tahunya juga membuatkan dia kembali menggunakan jalan kampung kerana ingin melalui kawasan dia membeli mi goreng tersebut.

“Ketika itu dalam pukul tiga petang dan apabila tiba di lokasi saya terkejut tempat itu adalah tanah perkburan!,” ujarnya.

Tidak berpuas hati dengan apa dilihatnya, Yusof memberitahu dia singgah ke gerai berhampiran dan bertanya kepada salah seorang penduduk kampung mengenai misteri yang dialaminya itu.

Menurut penduduk kampung, dia bukan orang pertama yang terkena sebaliknya ramai sudah menjadi mangsa terutamanya pada waktu malam.

Sumber: MSTAR