Mereka sudah berdamai. Isu “ustazah merangkak” sudah selesai.

Kes video viral ustazah merangkak yang berlaku di madrasah Ad diniah Ilmiah Parit 15, Bagan Datuk kini berakhir dengan perjumpaan ibu murid dan ustazah sekolah tersebut.

Seorang individu yang mengaku sebagai nenek kepada pelajar terbabit memaklumkan kedua belah pihak sudah berdamai. Dan ibu kepada pelajar terbabit sudah meminta maaf kepada ustazah berkenaan.

MEREKA SUDAH BERDAMAI..ALHAMDULILLAH

Mungkin kedua2 nya silap sebab bertindak ikot emosi. Saya yg hanya nenek saudara kepada murid pun kena maki hamun pulak sebab tolong jelaskan apa yg berlaku. Kita kena buang yg keruh ambil yg jernih..nak usul periksa boleh tapi jgn sampai menghina..

Tapi yang tak bestnya habis satu family saya kena kacau. Business saya juga turut terkena tempias. saya tengah filter netizen yg memfitnah saya dan keluarga tanpa usul periksa. Kemungkinan akan saman (doakan saya tak kejam)

Apa yg berlaku ni kita anggap je lah ujian. Kita jadi parents x semestinya betul, yg jadi guru juga tidak selalu betul.

Yang memaki hamun saya maafkan. Tp kalau masih berlaku, sy akan buat tindakan..kepada blog2 yg seronok untuk raih viewers, muhasabah la diri. Pastikan anda minta izin tuan badan untuk upload di media sosial (sebab bukan parents yg viralkan)

Segala maklumat peribadi saya tidak boleh bagi. Tapi kalau nak maklumat pasal bisnes saya, anytime 

Terima kasih,
Assalamualaikum

Permohonan maaf telah dibuat dan mohon video kejadian tersebut tidak di viralkan bagi kebaikan kedua belah pihak.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran, pedoman serta teladan kepada pihak ibu bapa murid sekolah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.