Misteri Tali Pinggang Terurai – Cikgu Nampak Kelibat Murid Tanpa Seluar

Sepasang kasut, sepasang stoking, satu tali pinggang yang kepalanya tercabut berterabur kat luar tandas.

Tak jauh dari situ ada sehelai seluar yang bergulung. Nampak sangat dibuang dengan tergesa-gesa.

Aku terus masuk tandas mencari siapa tuan empunya seluar ini. Kelihatan tersengih-sengih seorang murid tahun 1 keluar tandas.

“Seluar awak kat luar tu?”

Kepala dianggukkan malu-malu.

“Kenapa buka kat luar?”

“Saya tak pandai buka seluar kat dalam tandas. Nanti basah. Kat rumah saya buka macam tu.”

“Besi tali pinggang tu dah kenapa tertanggal?”

“Saya nak cepat. Nak buka tak pandai. Saya tarik je, tercabut pula. Cikgu tolong pasang boleh?”

“Boleh.”

Aku pasang kepala tali pinggang semula.

“Sempat tak tadi?”

“Apa cikgu?”

“Sempat sampai ke tandas ke? Ke dah berjejeran kat peha?”

“Sempat la cikgu,” balas dia sedikit marah.

Hahaha. Budak-budak gitu la. Nak tunggu mereka matang dan betul-betul pandai urus diri tu makan masa juga.

Aku dah pesan awal-awal dulu, ajar anak buka seluar, buka tali pinggang dan guna tandas awam macam orang ramai. Bukan guna macam di rumah.

Kalau boleh, tak payah la bagi pakai tali pinggang kat anak tahun 1. Tunggu mereka betul-betul pandai guna tali pinggang baru belikan.

Kang naya je ada dua tiga ketul dalam seluar hanya kerana tak pandai buka tali pinggang.

Benda ni real berlaku. Murid yang tak pandai buka tali pinggang dan tak pandai guna tandas awam memang ada.

Jadi, ajar mereka ya!

P/S Nasib baik murid tu tak cakap “cikgu boleh tolong basuh tak? ” Hahaha… Mesti murid tu akan ingat cikgu ni sampai bila-bila. Apapun cikgu MFS memang terbaik . sampai ke tandas pun masih membantu murid. Salute bossku!

Sumber: Cikgu Mohd Fadhli Salleh

.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.