Moyang Dah Siap Masak Nasi Tetapi Anak Semua Beraya Rumah Saudara Dulu Kemudian Terus Balik

Walaupun kaki tidak sekuat dulu, seorang ibu akan tetap berusaha menyediakan juadah untuk menjamu anak-anak semasa cuti raya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Tiktok bernama Awinn, berkongsi tentang moyangnya dan membuat ramai orang berasa sedih dan sebak.

Hancur hati seorang ibu di hari raya…Dah siap masa nak anak balik awal.

Dia dah siap masak nasi putih dan sediakan bahan-bahan untuk masak bersama-sama seperti ikan dan cili kering, tapi nampaknya anak-anak wanita tua tu dah balik lebih awal.

https://www.tiktok.com/@awinnwin/video/7093413714279370011?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Sambungan Video dihujung artikel

Terlihat dalam video tersebut, dia masih gagah berdiri walaupun nampak seperti sudah tidak larat membuat kerja rumah.

Tak makan bersama anak. Moyang makan seorang diri Lebih sebak lagi, warga emas berusia 79 tahun itu kemudiannya dilihat makan sendirian sambil ditemani cicitnya.

Meskipun tidak berkata apa-apa, namun riak mukanya seakan-akan cukup menggambarkan isi hatinya ketika itu.

Setiap malam dia nangis rindukan anak cucu.

Dalam penjelasan yang dibuat oleh Awinn, moyangnya yang mesra dipanggil ‘Ibu’ cuma menyiapkan bahan sahaja dan mahu memasak bersama setelah anak-anak pulang beraya dari rumah saudara.

Belum sempat melepaskan rindu yang terpendam, hasrat untuk menjamu selera nampaknya tidak kesampaian.

Video:

https://www.tiktok.com/@awinnwin/video/7093437725570895131?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7094593041768596993

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.