Mukhriz Bersuara Dan Muatnaik Status Persoal Jumlah Sokongan Muhyiddin, ‘Berbohong Untuk Jadi PM?’

Hanya selang beberapa jam selepas Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri oleh YDP Agong, Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempersoalkan dakwaan yang mengatakan 36 ahli parlimen parti mereka menyokong Muhyiddin Yassin.

Sedangkan, katanya, enam ahli parlimen Bersatu menyokong Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata enam ahli parlimen itu adalah dirinya, Mahathir, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith, dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Amirudin Hamzah.

” Bohong untuk menjadi PM?” katanya dalam catatan di Facebook.

Kenyataan Mukhriz itu turut disertakan dengan satu kenyataan media semalam yang menyatakan bahawa Bersatu menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang “dihadiri oleh 36 ahli parlimen”.

Bersatu hanya mempunyai 26 ahli parlimen sebelum 10 ahli parlimen yang meninggalkan PKR yang diketuai Mohamed Azmin Ali menyertai parti itu.

Dalam pada itu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan esok selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa pelantikan itu.

Bagaimanapun, jumlah sebenar sokongan Muhyiddin dalam Dewan Rakyat masih menjadi persoalan dan boleh dicabar oleh ahli parlimen pada sidang parlimen seterusnya, iaitu pada 9 Mac ini.

Bekas speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata Peraturan Mesyuarat tidak menggariskan bagaimana usul tidak percaya dapat dilakukan dan dilaksanakan.

Bagaimanapun, keyakinan terhadap perdana menteri boleh diuji dengan meluluskan usul atau rang undang-undang.

Sebagai gabungan baru, langkah pertama yang biasa diambil apabila parlimen bersidang adalah mencadangkan usul untuk menggantikan speaker yang dilantik PH sebelum ini, Mohd Ariff Yusof.

Usul itu mungkin akan dibentangkan selepas Yang di-Pertuan Agong berucap di parlimen pada 9 Mac, atau keesokan harinya.

Sekiranya usul itu dikalahkan, ini bermakna Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti.

Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan kemudian menyatakan bahawa apabila seorang perdana menteri kehilangan sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat, dia mesti meletak jawatannya melainkan jika Agong memutuskan untuk membubarkan parlimen.

Bagaimanapun, Muhyiddin boleh menangguhkan perkara itu.

Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong boleh menangguhkan parlimen. Sebagai perdana menteri, Muhyiddin boleh menasihati Agong berbuat demikian.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.