Najib Razak Terima Melebihi 50 Ribu Rintihan Rakyat Selepas KWSP Umumkan Kriteria i-Sinar. Ini Teguran ‘Padu’ Najib Pada Kerajaan Muhyiddin

NAJIB Razak mengecam proses yang panjang dan sukar bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Kategori 2 skim i-Sinar.

Dalam catatan Facebook hari ini, ahli Parlimen Pekan itu berkata keseluruhan proses bagi mereka yang berada di bawah kategori ini sangat lama, memandangkan rakyat sudah lama menderita.

Najib razak telah membuat 1 posting di Facebook beliau NAJIB RAZAK dimana beliau mengatakan walaupun pencarum layak memohon i-Sinar akan terdapat beberapa proses yang akan ambil masa yang lama.

Selepas kenyataan itu, sekali lagi Najib Razak memuat naik satu lagi posting dan kali ini ditujukan khas kepada kerajaan Muhyiddin Yassin.

Di dalam posting tersebut, Najib menyeru kepada kerajaan PN supaya menimbang semula kriteria i-SInar KWSP. Ini berikutan lebih dari 50 ribu komen dan hampir kesemuanya meluahkan rasa kecewa di FB Najib Razak.

KENYATAAN PENUH BERHUBUNG SKIM I-SINAR KWSP YANG DIUMUM SEMALAM

Sejak bulan Oktober, saya dan BN telah menyarankan untik kerajaan PN membenarkan pengeluaran dari akaun 1 KWSP.

Dari langsung tidak dibenarkan ke pengeluaran bersyarat bagi 600 ribu ahli ke 2 juta ahli dengan syarat dan akhirnya ke pengumuman semalam bahawa 8 juta ahli KWSP dibenarkan dengan syarat.

Namun skim i-Sinar ini masih mempunyai kekurangan yang tetap mengundang kemarahan dan kekecewaan sebilangan besar pencarum.

Ini jelas kelihatan dari jumlah komen mencecah 50,000 ribu di ruang komen posting saya malam semalam di mana hampir 99% adalah komen yang berbunyi i-Kecewa, i-Kencing dan i-Marah.
Ramai pencarum sudah bertukar menjadi pencarut.

Saya percaya jumlah komen yang mencecah 50,000 adalah satu petunjuk bagi kemarahan Rakyat.
Sebab itu, saya tuntut kerajaan PN untuk sekali lagi menambah baik skim i-Sinar dengan tidak lagi mengenakan apa-apa syarat bagi mana-mana ahli yang ingin mengeluarkan simpanan mereka untuk menghadapi krisis pandemik yang sudah melanda kita selama 10 bulan.

Saya percaya pembetulan ini wajar sebab:

1. Kerajaan PN patut letakkan kepercayaan pada Rakyat sebab Rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak.

Adakah ianya logik bahawa ahli yang pendapatannya RM10k sebulan yang turun 30% menjadi RM7k sebulan dianggap terjejas tetapi ahli yang pendapatannya RM2k sebulan yang turun 20% menjadi RM1,600 tidak dikira sebagai terjejas?

Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.

Sebab itu, ianya bukan tanggug jawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.

Sebaliknya, tanggung jawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan bagi Rakyat dan untuk mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik Covid berakhir.

2. Rakyat yang sedang lemas sekarang tak mampu tunggu 3 bulan lagi sebelum diberi pelampung.
Pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud:

– Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober,

– Tapi perlu tunggu lagi sehingga 11 Januari 2021 sebelum dibenarkan memohon dengan pelbagai bukti dokumen,

– Kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.

– Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari.
Sekarang baru permulaan bulan Disember.

Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?

3. Elak Rakyat serbu pejabat-pejabat KWSP pada ketika risiko penularan Covid masih wujud.
Sejak semalam, media-media melapor bahawa pejabat-pejabat KWSP sudahpun sesak akibat diserbu ahli.

Bayangkan berapa ramai lagi ahli yang akan terdedah kepada risiko dijangkit Covid jika mereka terpaksa beratur di pejabat KWSP untuk serah bukti dokumen jika i-Sinar masih bersyarat?

Jika skim i-Sinar tidak lagi perlukan sebarang bukti dokumen untuk diserahkan kepada KWSP, saya percaya kesesakkan di pejabat KWSP seluruh negara mampu dielakkan atau diturunkan.

Risiko tercetusnya kluster Covid KWSP juga berkurang.

Jika 4 juta ahli sahaja di bawah katergori ke-2 skim i-Sinar diperlukan untuk menyerah 3 helai dokumen sebagai bukti pendapatan mereka telah berkurang maka KWSP perlu memproses sebanyak 12 juta dokumen.

Apabila skim i-Sinar tidak lagi bersyarat maka semua kesusahan dan beban kepada ahli dan staff kaunter KWSP dapat dielakkan sebab kebanyakkan ahli akan memohon dalam talian melalui perkhidmatan i-Akaun tanpa hadir di pejabat KWSP.

Justeru, proses pengeluaran akan menjadi jauh lebih lancar dan ahli tidak perlu lagi tunggu sehingga 3 bulan sebelum menerima bayaran lump-sum pertama.

Jadi, saya harap kerajaan PN akan membuat satu kali lagi penambahbaikan kepada skim i-Sinar supaya ianya TIDAK BERSYARAT dan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama dapat disingkatkan dari 3 bulan ke maksimum 1 bulan.

Sumber : NAJIB RAZAK

Artikel By: AwattSyeikhh Network