“Nasib anak piatu”. Ikut warden blik, tp drgol pula. Aku nekad adu pada sekolah, tp lain pula akhirnya

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum para pembaca. Ini kali pertama saya menulis disini. Maaf jika ayat saya tunggang terbalik. Saya ada baca luahan seorang mngsa Ped0 pada zaman kanak kanak beliau. Ya saya juga mngsa ped0 seawal umur saya 7 tahun.

Saya membesar dengan keluarga angkat selepas ibu mennggal. Adik beradik ramai, aruwah ayah serahkan saya pada keluarga angkat semasa umur saya 4 tahun dan ayah tak pernah lagi datang jumpa saya.

Saya dibesarkan di kampung. Sama seperti mngsa tersebut. Saya bebas bermain dengan kawan kawan sekampung, hatta ke dalam rumah.

Kejadian bermula bila ibu bapa angkat saya ada majlis yang tidak membolehkan untuk membawa kanak kanak. Saya ditinggalkan di rumah jiran dah jiran kami ada 3 anak lelaki.

Umur baru 7-8 tahun apa lah yang kita tahu. Saya tidur diruang tamu bersama anak mereka yang lain. Seorang dari mereka memeluk saya dan meraba raba saya.

Sumpah demi Allah saya tak tahu perbuatan tu adalah perbuatan yang salah dan jijik. Dia bisikkan pada saya, “kalau kamu bagitau mak, aku bnuh mak kamu.”

Kejadian berlarutan, dari abang ke adik. Dari adik ke abang. Saya cakap pada mak angkat saya tak nak duduk situ sebab diorang main kasar. Alhamdulillah mak memahami. Dan jika ada keperluan yang membataskan untuk mak bawa saya, mak hantar ke rumah jiran lain.

Tapi bak kata orang keluar mulut singa, masuk mulut buaya. Pernah sekali mak pergi ke rumah adiknya dia Pahang. Mak tinggalkan saya di rumah jiran kami selama 2 minggu. (Jiran kami tu sepasang suami isteri lewat 50an dan tiada anak.)

Selama 2 minggu, setiap malam suaminya pergi ke tempat tidur saya. Lagi teruk dia buka seluar saya dan cuba mergol saya. Mulut saya ditutup. Juga diugut jika saya bagitahu isterinya, dia nak tiikam saya.

Setiap hari saya menangis dan doa agar mak pulang awal. Tapi apakan daya, hanya mampu menangis keseorangan.

Dirumah pula apabila cuti sekolah atau raya, anak anak mak akan balik. Cucu cucu lelaki mak ada yang belasan tahun dan ada yang dah 20an. Selalunya juga akan jadi mngsa gangguan mereka.

Alhamdulillah selepas keluar result UPSR, saya dapat tawaran masuk ke asrama penuh yang agak jauh dari rumah. Leganya saya dapat keluar dari kampung tu.

Tapi ibu bapa angkat saya bukan lah orang senang. Adakalanya cuti saya tak pulang. Tinggal di asrama. Pernah sekali saya tinggal seorang di asrama sampai lah warden ajak ikut dia balik.

Ikut warden balik bukan lah pilihan yang baik. Akhirnya saya dirgol adik sedara warden saya. Kali ini saya tidak berdiam diri. Saya laporkan kepada guru kaunseling sekolah.

But guess what…. Sekolah memanggil warden dan dia menafikan sekeras kerasnya saya dirgol dan menuduh saya yang gatal meggoda suami dan adik sedara dia.

Demi menjaga nama baik sekolah, saya dikeluarkan dari sekolah tersebut. Lalu sekolah memanggil ibu bapa angkat saya dan mengatakan saya berziina. Runtuh hati orang tua walaupun bukan dia yang melahirkan saya.

Bermula lah episod kebencian dalam diri mak. Mak mencemuh saya saban hari. Setiap kata kata yang keluar dari mulut dia hanya lah makian dan hinaan. Sehinggakan ibu saya yang sudah mennggal dunia juga dicemuh.

Dipendekkan cerita selepas result PMR keluar, mak kata taknak masukkan saya ke tingkatan 4. Dia akan carikan suami untuk saya. Saya melarikan diri dari rumah dan mencari ayah kandung saya.

Dengan pertolongan mak saudara, saya dapat bertemu semula dengan ayah setelah 10 tahun terpisah. Tetapi ayah dah kahwin baru.

Pada awalnya kehadiran saya diterima seluruh isi rumah tersebut namun tidak kekal lama. Bonda tiri sangat bencikan saya kerana ayah sering katakan yang saya anak bongsu dia.

Segalanya jadi semakin teruk apabila bonda tiri dan abang kakak saya tahu yang saya telah dirosakkan. Mereka menuduh saya anak tak guna dan aruwah mak di alam sana merana dengan perangai jalang saya.

Saya alami kemurungan yang teruk. Disekolah saya tak boleh fokus, saya tak berkawan, kerap menangis.

Sekali lagi saya melarikan diri dan terus berhenti sekolah. Bermula lah hidup saya sebatang kara. Cari duit sendiri demi sesuap nasi. Tempat tinggal tak menentu.

Dan kemudian saya masuk alam rumahtangga yang penuh kesengsaraan, dipukul, dicaci, malah kerap kali dirgol suami sendiri even dalam pantang. InnsyaAllah ada kesempatan lain saya akan ceritakan.

Saya mohon pada pembaca tolong lah jaga anak anak perempuan kita. Adik kakak kita atau siapa sahaja wanita disekeliling kita. Besar impaknya pada perempuan yang punyai masa lalu.

Dan saya mohon pada mereka yang diluar sana, jika anda senasib dengan saya laporkan kepada pihak berkuasa. Jangan biarkan mereka lepas. Negara kita ada undang undang untuk membela mngsa seperti kita.

Kepada masyarakat sekeliling, jangan lah menghina kami. Kami hanya mngsa kepada nafsu nafsu syaiitan. Bagi lah kami sokongan dan bantu lah kami membawa perkara ni ke muka pengadilan.

Salam sayang, Kak Zi.

Bahagian 2: Klik link dibawah sekali

Reaksi Warganet

Dalila Hanim Rashid –
Betapa besarnya dosa di warden tu menuduh orang baik berziina. Pergh… Dia ingat dia akan terlepas kat akhirat nanti.

Semua yang buat aniaya kat awak confessor, semua tu akan merangkak cari awak kat mahsyar nanti.

Sebab tu janganlah suka suki buat jahat kat orang. Tidak di dunia, kat sana nanti lagi adil hukumannya.

Insyaallah Allah ada tempat kita mengadu segala keperitan…

Nurul Ain –
Maaf cakap, sekolah memang macam tu. Sebab apa? Sebab nak jaga prestasi. Nak jaga air muka sekolah tapi lupa tanggungjawab sebagai pendidik. Mungkin tak semua skolah macam ni. Tapi kerap kali dengar isu macam ni. Kene pandang serius isu ni.

Cikgu senang senang kata awak berziina, pastu buang sekolah ?? Alasan sebab taknak menjawab dengan pihak atasan la tu. Sebab kalau pihak atasan tahu, kene ada solid reason kenapa warden jemput awak ke rumah dia. Boleh naik sampai ke kementerian cerita ni. Maaf. Saya marah cikgu awak yang bdoh tu

Miz Atom –
Kepada sesiapa ada anak pompuan, mohonlah didik anak anak anda belajar jadi wira yang penuh dengan semangat waja! Segala mainan patung, barbie doll dsb, tolak ke tepi kejap.

Hantar anak anak anda ke gelangang seni mempertahankan diri sejak dari kecil lagi hinggalah alam dewasa. Jika ibu bapa sendiri ada ilmu tersebut, turunkanlah kepada anak anak anda.

Oh yaa! Anak lelaki pun sama coz lately banyak anak anak laki dah jadi ‘jellyfish’ pun ada. Ajar anak anak soal maruah dan tanggungjawab. Sekian, dari insan kerdil ini.

Madamme Que –
Jahatnya cikgu dan pihak sekolah tuduh awak berziina. Sepatutnya guru tu disiasat sebab memandai mandai bawak awak balik rumah dan perlu bertanggungjawab dengan jnayah yang terjadi.

Sepatutnya bila confessor tak balik semasa cuti, guru tu lapor la pada pentadbir untuk tindakan selanjutnya. Bukan ambil tindakan sendiri.

Lepastu, berlepas tangan pula tuduh pelajar berziina. Gila ke apa budak nak goda suami dan saudara di rumah cikgu.

Nak lepas tengkuk sendiri. Tak takut ke adik sedara tu rgol anak dia pula? Sakitnya hati..

Hukuman dunia memang tak adil, tapi Allah Maha Adil. Takkan terlepas. Moga insan insan yang menganiayai confessor dicampakkan ke neraka paling dalam.

Ratnaz Kasro –
Sedih Saya baca cerita puan. Allahuakhbar, moga syurgalah tempat puan setelah bermacam dugaan yang puan hadapi. Memang benar, ayah, suami, abang, yakni lelaki seharusnya menjadi pelindung wanita, bukan perosak.

Tapi apakan daya, bila nafsu itu diletakkan di tempat yang salah kerana kurangnya didikan agama, malah lebih teruk lagi tiada usaha untuk mencarinya.

Saya doakan dr kejauhan semoga puan Dan anak anak dilindungi sebaiknya. Andai puan ada anak lelaki, semoga dia menjadi pelindung dan tulang belakang puan. Dan seandainya ada anak perempuan, semoga Allah temukan anak anak puan dengan lelaki yang baik akhlaknya.

Kuatlah puan. Jangan pernah putus asa. Insyaallah, Allah sedang menghitung pahalamu. Dan kepada orang orang yang menganiayai puan, Allah jugak sedang mempersiapkan Masa yang terbaik untuk sebarang pembalasan.

Dunia Ini ujian, pastinya puan kuat hingga sebegini hebat ujianNya. Memang benar syurga itu mahal, buat mereka yang benar benar layak berada didalamnya.