Normal ke isteri bekerja kena masak setiap hari?

Tak pasti sama ada ini soalan pelik atau soalan saja-saja nak membawang bersama netizen. Tetapi tidak dinafikan bahawa perkara sebegini sememangnya berlaku dan selalunya si isteri yang terpaksa mengalah.

Baru-baru ini, seorang wanita meminta pandangan netizen normal ke isteri yang berkerja kena masak setiap hari mengundang perlbagai reaksi dari netizen.

Assalamualaikum dan selamat sejahteta semua. Nak tnye kaum ibu wanita bekerja, normal ke kalau tiap hari isteri je yg kne masak?

Bukan apa. Isteri kalau surirumah xpe gak. Ni pergi kerja jam 8 pagi. Balik dengan jammed lagi, sampai rumah pun dh kat malam.

Lepastu malam2 gini, suami asyik request nk rasa masakan sedap2. ayam masak merah lah, ayam berempah la, siakap masak lemon lah.Leceh lambat nk sediakan semua tu.

Kalau hari cuti xpela.Hari kerja ni, bila masak simple2 je nasi putih dgn telur goreng mula la dia punya mulut tu muncung mcm hape je.Normal ke isteri bekerja kne masak tiap hari?

“Itu kan tanggungjawab suami sebenarnya”- katanya.

Reaksi netizen.

Nurhuzaima Kamal: masing² komen pasal diri sndiri.. jgn bandingkan diri die dgn kite.. setiap kehidupan yg kite lalui tak sama.. mcm tu jugak kudrat, ade yg kerja terlalu letih, ade yg sederhana.. so kite empunya badan je tau tahap mana kite boleh jalan..

jalan terbaik berbincang dgn suami.. terus terang dgn beliau.. mintak kelonggaran utk masak yg remeh tu selang 2 hari @ weekend sahaja.. @ mintak izin utk berhenti kerja kalau die tetap nk hari2 masak sedap.. cerita dgn tenang, lembut.. semoga mbantu dan dipermudahkan..

Rose Haniza: sis, sy pun keje jugak..hantar & ambik anak2 (3 org) kat bs pun sy yg buat..tapi sy boleh sediakan bekal sarapan + lunch +dinner untuk semua hampir setiap hari..bangun seawal pukul 4.30pg @ 5.00pg utk masak..nak bagi suami dgn anak2 makan fresh2 panas2..boleh je masak tgh malam tapi sy xnak..kalau sy xsihat atau sy nak rehat sy akan inform suami awal2..

biasanya suami ok je..sy paham..memang agak leceh nak masak menu2 yg sis sebutkan tu tapi pengurusan masa yg cekap tu penting..sy bg contoh ye.. hujung mggu sy akan prepare semua bahan siap2..bawang/cili sy potong/blend dan simpan dlm peti ais..bahan basah mcm ayam/ikan/udang apa semua tu sy masukkan dlm plastik wrap tu utk setiap kali meal..maksudnya bila nak masak je, sy keluarkan siap2 letak kt chiller..esok just ambik dan tumis je terus..

saya siap on 2 dapur sekali..jimat masa!.xcukup dengan tu, buat meal plan utk semggu terus siap approval dr suami..lagi senang keje dan xsemak kepala nak pikir menu..hahahaha..letih dah pasti tp kepuasan dr suami dan anak2 tu lagi penting utk saya.

Firdaus Shakirin: Tuntutan seorang suami tu perlu seiring dgn kemampuan seorang isteri utk menunaikannya sbb isteri bekerja…smpai umah, dia dh penat, dh letih…nk dia masak tu, xslh, cuma kena faham, dia juga nk rehat setelah seharian bekerja…Sya penah melalui situasi yg mcm ni…6 tahun saya mkn lauk tapau…if suami awk ok dgn mknan kedai, maka sblum blk keje tu, tnya dia apa yg dia nk mkn…

Ida Laila: Aku masak je kak. Kalau aku penat, lagi slow aku masak. Selalu aku makan 12 lebih tak pun nak ke 1 pagi. Nak sangat makan kan…

Rizal Rodzuan: 1 hari ko cuti, ko cakap kat laki ko yg saya dah berhenti kerja, so abang nak mintak apa pun saya boleh masak dah ada masa byk. Bila laki ko stress ckp tak cukup duit la nanti dsb baru ko ckp ha baru tau bukan senang ya. Apa kata abg bawa kami pi kedai mkn order je apa nak, weekend baru saya masak best2 utk abang?

Normala: Kadang² surirumah pun X masak gak kena bagi cuti hari2 masak pun kepala otak boleh jem jenuh nk fikir nak masak apa yg penting suami isteri kena ada tolak ansur kena faham keadaan isteri yg penat tu..

Hilda Ozong Makinda: Pendapat sja..ada kwn bkerja dr group msk2 pernah buat lauk frozen..stiap cuti hjg minggu dia akan buat lauk pelbgai jenis untk 5 hari bkerja..1 bekas untk skali mkn..simpan d ruangan sejuk beku..untk lauk yg pkai santan,dia tumis siap2 sja,kuah santannya time dipanaskan baru tambah@modify…tag nama menu setiap bekas…cdgn sja apa yg sy baca dr perkongsian kwn2.

Pakcik bawang: 1 hari ko balik cepat skit, lepas tu bila laki n anak2 ko balik terus Kami dah pulang emak buat cucur..mudah saja tambah air. Adun sebati goreng dan sedia. Tepung cucur adabi rasanya. KAMI NAK LAGI BOLEHKAH CEPAT! Lepas tu hidang je cucur kat laki ko cepat dan sedap.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*