Pelajar sebak bawa keputusan UPSR ke pusara ibu

Umum sedia maklum, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan hari ini.

Sudah tentu individu yang paling berdebar menanti keputusan peperiksaan ialah para ibu bapa selain pelajar itu sendiri.

Namun, bukan semua pelajar mempunyai peluang untuk meraikan keputusan masing-masing bersama ibu bapa.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Aishah Mat Akat telah memuat naik gambar cucunya yang menziarahi pusara ibunya sambil membawa slip keputusan UPSR.

Cucunya yang dipanggil Ila itu kelihatan sebak di hadapan kubur ibunya ketika menunjukkan keputusan yang telah diperolehinya.

Perkongsian tersebut telah mengundang perasaan sebak dalam kalangan netizen sehingga mendapat lebih daripada 3,600 perkongsian.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar Ila tabah dan terus belajar dengan tekun sekaligus membalas jasa nenek suatu hari nanti.

Sumber: malaysiasetia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.