Pengantln Baru Tengah Ser0nok Bergambar Dengan 17 Orang Pengiring Kena Angkut Dengan Lori Polis Sebab Langgar PKP

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini dit.ahan polis kelmarin.

Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut dit.ahan polis pada pukul 6.30 petang susulan melang.gar peraturan Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan pr0sedur 0perasi standard (SOP) di kawasan tersebut.

“Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar per.aturan yang dikuat k uasakan ketika PKP.

“Hasil pemer.iksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan k0mpaun dikenakan.

Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Langgar PKP

Posted by Media Kicau on Friday, February 5, 2021

 

Kredit : MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.