Dari Pengupas Bawang Kini Tokey Besar Popcorn, Hasil Jualan Mencecah Jutaan Ringgit! Siap Ada Kilang Sendiri

Dari Pengupas Bawang Kini Tokey Besar Popcorn, Hasil Jualan Mencecah Jutaan Ringgit! Siap Ada Kilang Sendiri

Buktinya, dahulunya dia hanyalah pengupas bawang, kini menjadi bos besar kepada pernḭagaan bertih jagung yang diusahakannya.

Jangan hanya berangan-angan, sebaliknya jadikan impian sebagai kɛnyataan. Itulah yang dipegang oleh anak muda berusia 23 tahun ini.

Bagi pengasas dan pemilik jenama bertih jagung Eng’s Popcorn, Mohamad Shazarul Ismail, tiada yang mustahil baginya.

Setiap kejayaan adalah perjalanan, ia memerlukan tekad, usaha dan keberanian tinggi supaya dapat menempuh cabẫran dan tidak patah semangat di pertengahan jalan.

Rutin hariannya bermula sebelum Subuh dengan mengupas bawang dan membantu bapa saudaranya menguruskan kedai selepas kemẫtian arwẫh ayah.

Bercerita perjalanannya, beliau mula berasa kecewa kerana banyak matlamat hidup belum dicapai terutamanya untuk membantu keluarga, beliau mula bekerja di pasar pagi bersama bapa saudaranya dengan gẫji RM900 pada tahun 2016.

Idea itu tercetus selepas beliau terlihat mesin pembuat bertih jagung milik kakaknya, lalu cuba menghasilkannya untuk makan sendiri.

Masih merasakan ia tidak mencukupi, beliau mengambil keputusan untuk berniaga bertih jagung pada tahun 2018.

Bau wangi bertih jagung dan rasanya yang enak mendapat sambutan serta menarik minat jiran untuk membelinya hari demi hari.

Kehidupan anak kelima daripada lapan adik-beradik yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini terus berubah selepas mengikuti kakaknya menyertai program Intensif Magnet Kekẫyaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks.

Dari situ beliau mula serius untuk menjual bertih jagung sehingga mampu mencapai jumlah juẫlan sehingga RM152,000 sepanjang enam bulan beliau memulakan perniagaan.

Mohamad Shazarul berkata, beliau mula sedar dan dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT sejak menyertai IMKK.

Daripada niat hanya untuk menemani kakak, beliau menerima impak besar kepada dirinya hingga berjaya membuang semua perasaan negatif ketika itu.

“Saya dapat kenal yang kita semua ada potensi untuk berjaya, Alhamdulillah kelas IMKK saya baru kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak mengubah saya mengenai bernilainya kehidupan dan belajar buat apa di tangan,” katanya.

Kini, Mohamad Shazarul mempunyai kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor dengan bantuan 50 tenaga kerja.

Malahan, Eng’s Popcorn turut mencapai jualan sehingga RM8 jutẫ pada tahun lalu biarpun ketika pelaksanaan Pɛrintah Kẫwalan Pergɛrakan (PKP) pertama.

Bukan itu saja, beliau juga berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Mercedes Sport Model GLA 45 AMG.

Menurut Shazarul, moyangnya tidak mahir menyebut nama penuh bapanya iaitu Ismail dan hanya memanggil Engs kepada arwah bapanya.

Mohamad Shazarul berkata, nama Eng’s Popcorn berasal daripada moyangnya yang berketurunan Cina.

Siapa sangka, nama arwah bapa membawa tuah dan berkat sehingga Eng’s Popcorn kini dikenali ramai di seluruh Malaysia.

“Nama Eng’s Popcorn saya pakai sebagai tanda penghargaan buat ayah yang ketika dia hidup, saya tak dapat balas jasanya,” katanya.

Dari situ, Shazarul mendapat idea untuk memberi nama produk sempena nama arwah bapanya sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan arwah bapanya dalam membesarkan mereka sekeluarga.

“Perniagaan Eng’s Popcorn 100 peratus milik Muslim Bumiputera dan dijamin halal,” katanya.

Beliau berkata, ada pengguna khususnya mereka yang beragama Islam sering ragu-ragu untuk mencuba produk Eng’s Popcorn.

Eng’s Popcorn ini dimasak segar setiap hari dan apa yang diterima oleh stokis adalah stok baru. Tiada istilah ‘simpan lama’ kerana demand untuk popcorn ini sentiasa ada dan semakin bertambah.

Selain halal, ada sebab mengapa Eng’s Popcorn ini sentiasa laris di pasaran.

Warna pada popcorn ini juga original tanpa sebarang pewarna tambahan digunakan. Nampak cantik dalam balang itu cumalah warna asal karamel.

Eng’s Popcorn menggunakan Premium South African Mushroom Popcorn Kernel, jadi rasa popcorn akan jadi lebih rangup dan premium. Setiap popcorn juga disalut penuh dengan karamel untuk kepuasan pembeli.

“Pengalaman tak boleh saya lupakan masa awal-awal berniaga Eng’s Popcorn memang banyak. Orang tempah sebalang dua saya sanggup hantar sejauh 50km. Ulang alik sahaja dan 100km. Itu customer order sebalang, harga RM18 sahaja.

Setiap bisnes pasti ada permulaan dan setiap permulaan pasti ada pahit getirnya. Kongsi Shazarul, awal-awal dulu dapat jual sebalang pun sudah sangat seronok dan sanggup buat penghantaran ‘tidak masuk akal’ kerana excited ada pembeli.

Sebelum mempunyai stokis, beliau mula berniaga dengan meletakkan Eng’s Popcorn di kedai makan.

“Tapi mula-mula tu tak rasa penat hantar jauh. Cuma seronok ada orang support bisnes kita. Paling seronok bila orang kata popcorn kita sedap walaupun itu resipi yang dahulu. Makin lama berniaga, kita improve penggunaan bahan dan resipi sehinggalah apa yang ada di pasaran sekarang ini,” kata Shazarul.

Berkat belajar, Eng’s Popcorn mula masuk dunia online dan membuka ejen dan stokis pada awal tahun 2019. Awalnya memang tidak tahu tentang konsep agen dan stokis tetapi bila ada sistem ini, barulah pasaran Eng’s Popcorn dapat mengembang dengan lebih besar.

“Pada mulanya memang segan nak tanya kedai-kedai makan untuk letak produk kita, tapi perlu berani hadapi rejection. Cara saya, saya akan berikan ‘tester’ dahulu kepada tuan kedai dan kalau mereka berminat, baru saya akan tumpang letak Eng’s Popcorn di situ. Alhamdulillah cara saya tu berhasil dan dalam 30 kedai yang support bisnes saya,” katanya.

Dari sistem agen stokis ini Shazarul belajar cara untuk membantu orang ramai untuk sama-sama berkongsi rezeki. Berasal daripada keluarga yang sederhana, beliau berasa bertanggungjawab untuk melonjak taraf ekonomi serta membela nasib keluarga dan anak bangsa di sekeliling beliau.

Hanya bermula sebagai budak pasar, kini beliau akhirnya sudah mempunyai bḭsnes yang berjaya selain membantu orang ramai membina pernḭagaan kaya bersama Eng’s.

Mohamad Shazarul Ismail berjaya buktikan mampu berjaya walaupun bukan berasal daripada keluarga senang dan usia masih muda tidak menjadi penghalang.

Begitulah ibarat sebuah kɛjayaan yang memerlukan banyak peng0rbanan dan tenaga demi meraih kɛjayaan sebenar di kemudian harḭ.

Namun, setiap kesenẫngan dan kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah tanpa usaha dan hasil kerja kḭras. Umpama menaiki tangga, selangkah demi selangkah kaki perlu diangkat untuk berada di puncẫk.

Sumber: ohinfokini.com