Sebak..kisah wanita bersalin “anak selamat dan ibu pergi dulu”. Suami tak cukup duit urus jena zah isteri

Beberapa hari yang yang lalu seorang lelaki ada berkongsi satu kisah di facebook miliknya berkenaan bagaimana beliau dan rakan-rakannya membantu menguruskan penghantaran jena zah seorang perempuan yang beragama kristian. Dan kisah itu menjadi bualan warga maya yang rata-rata memuji keikhlasan lelaki berkenaan dalam membantu keluarga berkenaan.

Yusnizam Yusof atau lebih dikenali dengan nama Abang Botak merupakan seorang aktivis sukarelawan yang banyak membantu menyediakan khidmat van jena zah percuma di sekitar Sabah khususnya di Sandakan. Menurutnya, dia sememangnya sudah menyediakan kemudahan ini untuk orang ramai tanpa mengira bangsa sejak beberapa tahun lepas.

Abang botak gemar berkongsi kisah teladan untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat dan pagi tadi, dia ada memuatnaik hantaran tentang satu kejadian pilu di mana seorang ibu telah mnggl dunia ketika bersalin.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut berlaku di batu 3 Sandakan, sebuah perkampungan yang tidak bernombor di kawasan taman perumahan mewah.

BINIKU BA POK(kawan).

“Aku cuba bertanya padanya – Mamamu mana sudah?,

Jawab si kecil itu – sedang tidur dia pacik”

Di petang yang syahdu kami memecut laju melalui deretan rumah-rumah Indah, mewah di Sandakan.

Sebenarnya disebalik deretan keindahan rumah itu terdapat puluhan buah rumah seperti pondok-pondok usang yang di bina untuk dijadikan tempat berteduh.

Kelihatan seorang lelaki muda tanpa selipar dan sedikit tidak terurus sedang menunggu kami.

Dia berseorang melambai daripada jauh. Sini..sini..sambil mengangkat tangannya.

Kami bertanya mana yang lain. Jawabnya, aku sendiri saja ni tuan.

Aku terus membuka pintu belakang van. Sebelum menurunkan keranda. Dia menahan tanganku daripada menurunkan keranda.

Lalu dia terus bertanya. Anu ba pok! aku mahu tanya ba ni berapa ba untuk kamu.

Untuk kamu apa jawabku.

Berapa ba kamu cas? Nadanya mulai perlahan.

Tanpa berlengah aku pun tarik keranda dan ajak dia terus menuju ke rumah ar wah.

Janganlah kau fikir tu bayaran ba. Kami tidak ambil tu tuan. Percuma saja van jena zahni.

Mukanya nampak sedikit lega dan katanya terima kasih.

“Isteri¬† mennggal sebab apa?”

Mennggal sebab beranak pok! Sebenarnya ini biniku ba pok.

Ini anak kami yang ketiga. Jam 6.30 pagi tadi ibunya meninggl.

Kenapa kau tidak bawa ke Hospital saja?

Tiada ba duit kami, dokumen pun tiada.

Aku tersentap, dan aku cuba bertanya pada anak nya yang kedua berusia 2 tahun.

Mana mamamu? seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi meninggalkan mereka – sikecil itu menjawab.

“Tidur dia pacik”

Aku mulai menahan tangisan, dalam hatiku berdoa.

Ya Allah, perkenankanlah..Tidurkanlah mujahidah ini dengan tenang di dalam kub urnya. Ampunkanlah dan lupakanlah segala dosa2nya.

Pesanku pada diriku sendiri dan sahabatku sekalian.

Cubalah Pandang wajah pasangan anda masing-masing hargailah perjuangan dan pengorbanan mereka selagi mereka masih ada bersama anda susah dan senang.

Mudah-mudahan syurga buatmu untuk semua wanita yang bergelar Ibu. Aminn

Anak selamat dan ibu pergi dulu.

 

Ziarah si kecil.

Petang tadi Yusnizam ada berkongsi satu status di mana dia sekali lagi datang berjumpa dengan keluarga berkenaan.

Kami sudah sampaikan amanah si baik hati. Kami tidak lama berkongsi kisah duka sebab lepas ni ada dua jena  zah lagi menunggu bantuan kita dan satu kena ke luar daerah lagi. Doakan kami.

Terima kasih Tuhan.

Sumber: Abang botak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.