Sebelum apa yg berlaku, Siapa sangka Dr Mahathir telah berjumpa seseorang yang ‘alim’

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Katanya, pelantikan itu sementara menunggu seorang perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.

“Walau bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik beliau sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baru.

“Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baru dilantik dan kabinet dibentuk,” kata Mohd Zuki menerusi satu kenyataan, lewat petang ini.

Namun dalam suasana politik yang mengeemparkan negara semalam, segala keputusan dan percaturan poltik Tun M sangt memberi kesan kepada perjalanan politk negara. Tapi pernahkah kita terfikir, kadang2 ilaham itu diberi melalui asbab dan perantaraan manusia seperti orang alim

Sebelum terjadi keribvtan politk seperti ini, tun M telah pergi berjumpa dengan paksu mid …

Untuk pengetahuan semua,paksu mid adalah dikata sebagai wali Allah yang berada dikedah…
Tun m mungkin mendengar apa yang dinasihatkan oleh paksu mid …maka terjadilah hari ini….

Perkataan wali Allah adalah perkataan ilham..
Semoga Allah merahmati paksu mid ..

Siapa sebenarnya Paksu Mid ni? Beliau pernah menyatakan bahawa beliauhanya orang tua – tua usia dan tua ilmu. Namun beliau di kenali sebagai Orang tua yang diberi kelebihan sebagai wali Allah, warak, kuat beribadat dengan puasa yang tak putus-putus. Orang tua yang pernah disebut oleh Syeikh Nuruddin al Banjari dalam pengajiannya. Hatta dikhabarkan setiap kali syeikh datang ke sini pasti berjumpa dengan Pak Su Mid.

Tidak hairanlah rumah Pak Su Mid sentiasa menerima kunjungan ziarah dari ramai orang yang menghormati kefahaman Pak Su Mid dalam hal-ehwal Islam terutama tentang kefahaman Al Quran

Pendapat Ustaz Abdullah Khairy mengenai Pak Su Mid :

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid (1926 – Sekarang)

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran. Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah .

Diantara guru beliau ialah :

1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik – Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973. Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja. Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Pelantikan menteri dibatalkan – KSN

Ketua Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri PH.

“(Ia) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan perdana menteri.”

“Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama,” kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Zuki mengesahkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.
Iklan
Ini selepas Dr Mahathir meluangkan kira-kira sejam setengah mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, pelantikan itu sementara menunggu seorang perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, menurut sumber yang rapat dengan isu perlembagaaan berkata, Seri Paduka mungkin mengambil masa sehingga 10 hari untuk menentukan pihak mana yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Hari ini, Dr Mahathir membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

Beliau dikatakan berbuat demikian kerana tidak merestui tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengumumkan partinya yang mempunyai 26 MP keluar daripada PH dan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengaturkan 11 MP PKR untuk berpaling t4dah.

Semalam, Muhyiddin, Azmin, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden GPS Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal telah bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan campuran baru.

Bagaimanapun, Azmin mendedahkan baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam meminta lebih banyak masa untuk membuat keputusan.

Pagi tadi, pemimpin PH, selepas pertemuan dengan Mahathir mendakwa perdana menteri kecewa dengan gabungan baru itu kerana dirinya tidak mahu bekerjasama dengan Umno. Bagaimanapun, Mahathir belum menjelaskan perkara itu secara terbuka dengan mengadakan sidang media.

Pel3takan jawatan Mahathir mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini beliau berkali-kali mangatakan bahawa beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga selesai Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Apec November ini.

Saya rayu kepada Dr Mahathir kekal sebagai PM – Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam perjumpaan dengannya awal hari ini.

Anwar berkata beliau telah dimaklumkan mengenai keputusan Dr Mahathir untuk meletak jawatan dalam perjumpaan itu.

“Saya ada bersama dengan dia dan telah dimaklumkan mengenainya, tetapi saya tidak boleh (umumkan) sehingga ia dimaklumkan kepada orang ramai. Saya merayu kepadanya bagi pihak Keadilan (PKR), Pakatan (Harapan),” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ditanya hasil perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Anwar berkata ia hanya perjumpaan bagi menyampaikan pendapatnya dan saling bertukar pandangan.

” … dan bagi mendapatkan nasihat demi kepentingan negara, keamanan, kestabilan, perbincangan secara umum,” katanya.

Dr Mahathir juga hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang terdahulu menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan (PH).

Peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan juga Pengerusi BERSATU mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini beliau berkali-kali mengatakan akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat APEC November ini.

Isu perubahan politik kembali menarik perhatian ramai, sejak mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lalu dilaporkan hangat membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan janji-janji berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri.

Sementara itu Anwar berkata dalam perbincangannya, Dr Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak terbabit dengan mesyuarat semalam.

Anwar juga berkata sebarang perubahan dalam kerajaan Pakatan Harapan perlu dibuat selepas Dr Mahathir berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong malam ini.

Ditanya sama ada beliau akan menjadi Perdana Menteri ke lapan, yang sedang menanti giliran, beliau menjawab: “Kita tengoklah nanti”

DAP rayu Dr M kembali jadi PM

KUALA LUMPUR: Kepimpinan DAP hari ini berkata, ia akan meminta Dr Mahathir Mohamad kembali mentadbir negara dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini.

Ini menyusul tindakan Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatan perdana menteri kepada Agong tengah hari tadi.

“Saya sudah temui Tun pagi ini di rumahnya dan terkejut apabila beliau memaklumkan hasratnya untuk meletak jawatan,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan timbalannya, Gobind Singh Deo.

Lim berkata, Mahathir tidak setuju rancangan bekerjasama dengan Umno “apabila kami bekerja keras untuk menolak Umno dengan berjayanya pada pilihan raya umum 2018”.

“DAP memuji pendirian berprinsip Tun yang enggan bekerjasama dengan Umno, di mana pemimpinnya terbabit dalam amalan rasuah dan salah tadbir menyebabkan Malaysia dilabel sebagai kleptokras1i global paling tervk.”

Katanya, Mahathir membuat keputusan meletak jawatan berdasarkan prinsipnya.

“Ini kali pertama seorang perdana menteri Malaysia sedia meletak jawatan atas prinsip menjunjung integriti dan memerangi rasuah.”

Ditanya alasan DAP mencalonkan Mahathir sebagai perdana menteri semula, Lim berkata, parti itu tidak mahu bekerjasama dengan parti yang dikal4hkannya pada pilihan raya umum lalu atas “alasan ketara”.

“Ini ialah PM yang meletak jawatan (daripada partinya) atas prinsip, menolak usaha untuk menggvgat kerajaan dipilih secara demokratik.”

Katanya, DAP merasakan Mahathir patut dibenar menyelesaikan apa yang hendak dilakukan, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan diadakan akhir tahun ini.

“Kita patut kekal dengan konsensus dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lalu,” katanya sambil menambah tindakan lain akan merosakkan keputusan mesyuarat itu.

‘Kami ada sokongan mencukupi’

Lim berkata, parti itu boleh memberi jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan, tetapi beliau tidak memberi penjelasan lanjut.

“Saya rasa itu boleh diuji di Parlimen apabila ia bersidang semula pada Mac,” katanya mengulas dakwaan parti itu tidak mempunyai sokongan mencukupi.

Ditanya jika PH sudah dibubarkan, katanya, ini bergantung kepada hasil mesyuarat Majlis Presiden malam ini.

Beliau menyifatkan pertemuan dengan Mahathir pagi tadi sebagai beremosi.

“Apabila seorang PM beritahu beliau mahu letak jawatan kerana prinsip, ia adalah saat emosi.”

Katanya, Peguam Negara, Tommy Thomas akan mengeluarkan kenyataan mengenai status kerajaan.

Ditanya jika beliau masih menteri kewangan, beliau berkata: “Boleh anda tunggu kenyataan peguam negara? Anda (media) nampaknya lebih berminat dengan jawatan menteri kewangan berbanding jawatan PM. Saya rasa jawatan perdana menteri lebih menarik.”

Lim berkata, selain DAP, Amanah turut menyuarakan hasrat menyokong Mahathir sebagai perdana menteri.

Ditanya jika DAP tidak bersetuju dengan bekas pemimpin PKR, Mohamed Azmin Ali bekerjasama dengan Umno dan PAS, beliau menyerahkan kepada Mahathir untuk menjawabnya.

Beliau berkata, masalahnya ialah ahli PKR yang dipecat daripada parti hari ini dan mereka yang mahu bekerjasama dengan Umno serta parti pembangkang lain untuk menubuhkan kerajaan baru.

“Jelas Tun tidak boleh terimanya.

“Semua drama ini tidak perlu, kenapa dengan semua drama ini apabila kita patut fokus untuk meningkatkan ekonomi,” katanya sambil menambah negara turut berdepan cab4ran penvlaran w4bak Covid-19.

“Mari cakap mengenai mata pencarian, mari cakap mengenainya. Kenapa bercakap mengenai jawatan dan manfaat sendiri?

“Saya rasa ini benar-benar tidak bertanggungjawab. Saya rasa kita patut fokus kepada rakyat.”

Mengenai majlis makan malam di Hotel Sheraton semalam yang menyaksikan pemimpin PKR bersama pembangkang, Lim berkata, DAP tiada kaitan dengan “langkah Sheraton”.

Katanya, tindakan itu tidak berperlembagaan dan menentang amalan demokratik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.