Selamat berkhidmat, kata Najib kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

“Selamat berkhidmat,” kata bekas Perdana Menteri itu ringkas menerusi hantaran di Facebooknya.

Muhyiddin, 73, pernah menjadi timbalan kepada Najib sebelum dipecat pada tahun 2015 susulan kes 1Malaysia Development Berhad.

Tempat Muhyiddin itu kemudian digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Tan Sri Noh Omar pula dalam hantaran di Facebooknya melahirkan rasa sebak dengan keikhlasan Najib yang menandatangani undi percaya menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri demi agama, bangsa dan negara.

Menurut beliau, Najib jelas seorang pemimpin berjiwa besar.

Saya Menjunjung Kasih Perkenan YDP Agoong – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sementara itu,Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur berakhirnya kemelut perlantikan Perdana Menteri kelapan setelah pihak Istana Negara mengesahkan beliau dipilih ke jawatan itu.

Beliau turut menjunjung rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sebab itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya.

“Kita telah pun berisitiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kepada saya,” katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.