Selepas 13 Tahun Inilah Reaksi Erra Fazira Dan Yusry Apabila Bersemuka

Hubungan dulu Erra Fazira dan Yusry yang masih segar dalam ingatan dan menjadi satu sejarah yang sukar dilupakan oleh ramai peminat.Pasangan ini boleh dikatakan yang paling hot di awal tahun 2000an dulu.

Siapa tak kenal, suatu ketika dahuku pasangan popular dua selebriti ini iaitu Yursy Abd Halim dan Erra Fazira pernah menjadi trending kerana keserasian dalam lakonan dan pentas nyanyian bersama. Umum sedia maklum bahawa kedua-dua mereka pernah bergelar suami isteri dan telah menjayakan banyak filem bersama.

Kedua-dua figura tersebut bersama-sama terlibat dengan rancangan terbaru, All Stars Buka Panggung (ASBP). Yusry merupakan peserta, manakala Erra Fazira adalah juri utama.Pasti ada yang mula mengimbau nostalgia zaman ketika mereka masih lagi bersama. Walau bagaimanapun, bagi Yusry, menyifatkan pertemuan bersama bekas isterinya adalah disebabkan tuntutan kerja dan tidak perlu dijadikan satu isu.

Selepas hampir 13 tahun mereka bepisah secara baik dan tidak pernah digandingkan bersama lagi. Baru-baru ini, setelah sekian lamanya mereka berdua bertemu dalam satu pentas yang sama secara professional.

Pada Jumaat lepas, mereka bertemu semula di atas pentas ASBP, tetapi masing-masing bersikap profesional untuk tidak mencampur adukan hal peribadi dengan kerja.

Begitu juga dengan Erra, dia menyambut baik kehadiran Yusry dalam rancang tersebut dan sudah dapat menjangka bahawa mereka akan tetap bertemu memandangkan berada dalam industri yang sama.

Terbaik & wajar dicontohi

Dapat diperhatikan, kedua-dua mereka bijak mengawal situasi untuk tidak kelihatan kekok apabila pertama kali digandingkan semula di atas satu pentas. Rata-rata netizen, juga memuji sikap profesional yang ada pada mereka.

Sumber : Budiey Channel & SinarViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*