‘Setelah Kehilangan, Baru Aku Sedar Yang Aku Tak Cukup Memberi Pada Isteri Aku’

Memang tidak dapat dinafikan, kehilangan seseorang yang kita sayang dalam hidup terutamanya ahli keluarga merupakan momen paling perit dan sukar untuk diterima. Begitulah kisah sedih yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Khairul Abdullah apabila kehilangan isteri tersayang yang juga merupakan tulang belakangnya itu. Dalam perkongsian ini juga, Khairul turut menceritakan saat-saat indah dan kenangan manis bersama isterinya.

Setelah hilang, baru sedar

Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan? It’s too late. Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini.

Kami sempat keluar sekali je, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain. Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.

Tiba-tiba dia diambil Tuhan. Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik. Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecil, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.

Sesekali rindu datang

Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me. Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh. Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku. Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.

Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion. Aku tahu dia suka bunga, mata dia “sparkling” setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah. Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.

Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak. Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia. Sungguh. Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia. Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada. Belajarlah dari kesilapan aku.

Sumber: Khairul Abdullah via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.