suami mohon doa orang ramai, Isteri hilang ingatan, bertukar agresif selepas kem4langan

“MOHON semua doakan isteri saya supaya sihat semula,” demikian luahan Imam Baydowi Sumardi, 32, suami kepada Nur Hana Ismail, 27, yang hilang ingatan selepas terbabit dalam kem4Iangan jalan raya pada 8 Ogos lalu.

Menurutnya, isterinya berubah sejak kem4Iangan itu kerana berlaku pendarahan dalam kepala yang menyebabkan tempurung kepala terpaksa dibuka.

“Kami berdua terbabit kem4Iangan ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.

“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter.

Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu.,” katanya yang bekerja sebagai penghantar barang.

Terpaksa berhenti kerja

Imam Baydowi berkata, sejak kem4Iangan itu, dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri.

“Empat anak dan anak saudara yang berusia 6 tahun, ibu mentua berusia 61 yang tinggal bersama, ada tolong menjaga. Manakala adik ipar saya seorang yang bekerja buat masa ini.

“Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri.

Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Makmur 28, Taman Damai Jaya, di Johor Bahru.

Kesihatan Isteri tunjuk peningkatan

 

Menurut Imam Baydowi, keadaan isterinya hari ini, menunjukkan peningkatan apabila memanggilnya dengan panggilan ‘abah’ selepas subuh tadi.

“Malah, Nur Hana juga menunjukkan respon untuk duduk. Alhamdulillah hari ini ada respon yang bagus daripada isteri. Tetapi dia semakin agresif dengan cuma menggigit diri sendiri dan juga saya.

“Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut.

Dapat bantuan dari perlbagai pihak

Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, Alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi.

“Keluarga saya juga dapat kunjungan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan jiran yang turut menyumbang katil hospital serta kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan isteri saya,” katanya.

Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full ada melawat bersama NGO serta memberi sumbangan kepada mereka sekeluarga, semalam.

“Alhamdulillah sumbangan mencukupi. Saya harapkan rakyat Malaysia mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pembaca di media sosial menyatakan rasa simpati kepada pasangan ini. Ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat su suami dan mendoakan agar isteri beliau diberikan kesembuhan.

Tonton laporan berita:

Semoga Allah permudahkan urusan beliau sekeluarga. Banyakkan membaca ayat suci AlQuran bersamanya. Mungkin beroleh ketenangan Dan dihindar gangguan makhluk halus.

Allahurobbi..Dugaan besar tu…
Disaat anak2 mendambakan kasih seorg IBU.. Kamu seorang suami YG baik…
Semuga terus tabah melayan saat Isteri dlm keadaan begini.. Semuga dipermudahkan segala urusan kesihatan Isteri Dan sembuh seperti sediakala.. Secepat mungkin..Aamiin Ya Rabbal Alamiin…

InshaAllah. semoga Allah memberi kan kesembuhan seperti sedia kala buat isteri. Suami saya Izwan Axe sama seperti isteri encik. Koma 3 minggu. 6 bulan agresif. Tapi alhamdulillah. Makin lama makin pulih. Banyakkan berdoa dan usaha lah semampu kita. Ikhtiar berubat cara kg juga. Jgn putus asa.

Ujian manusia berbeza2. Allah lbh mngtahui tahap kemampuan stiap hambaNya..Anda adalah insan hebat..kekuatan dan kesabaran anda blm tntu ada pada smua org…itu sebab Allah memilih anda utk diuji dgn ujian ini. sy doakan anda sentiasa tabah mngharunginya..smoga Anda dan kluarga sntiasa didalam Rahmat dan lindungan Allah SWT dan smoga diberi syifa kesembuhan kelak kpd isteri anda..Diberikan ganjaran pahala yg berlipat kali ganda dn terus bahagia Dunia dan Akhirat . Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Sumber: harian metro