Sudah tandatangan setuju Mahathir bentuk Perikatan Nasional – Najib

Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan sudah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad membentuk gabungan baharu yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional.

Menurut Najib, gabungan baharu itu bakal dibentuk di Putrajaya tetapi dengan syarat-syarat tertentu.

Perikatan Nasional yang bakal dibentuk adalah gabungan daripada Bersatu, UMNO, PAS, Warisan dan GPS.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad mendakwa Azmin Ali merupakan dalang yang mencetuskan pergolakan dalam Pakatan Harapan dan ia dapat dilihat melalui tindak tanduknya bersama sekutu untuk membentuk kerajaan ‘pintu belakang’.

“Dalam soal ini saya rasa Azmin dan group Azminlah yang jadi player (dalang) utama.

“Mungkin kerana dia sendiri ada agenda dia. Saya tidak tahulah. Pasal kalau ikut apa yang disebarkan, itulah yang sedang dilakukan,” katanya pada sidang akhbar khas pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Sumber: Sinar Harian

20 kenderaan VIP masuk Istana Negara

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi dan rumus kian berlegar khasnya mengenai sebarang pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan telah ke Istana Negara sebentar tadi.

Kelihatan lebih 20 kenderaan kenamaan (VIP) memasuki perkarangan Istana Negara sebentar tadi.

Krew Harakah yang berada di sini sejak tadi mendapati beberapa kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5:35 petang namun bukan melalui pintu utama.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini sudah berada di Istana Negara selepas menerima perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter kira-kira jam 4.30 petang tadi dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri sebuah perlawanan golf di sana. – HARAKAHDAILY 23/2/2020

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.