Tak disangka nenek 87 tahun ini petah bercakap bahasa jepun, cucu sendiri pun baru tahu

GELAGAT seorang wanita warga emas yang secara spontan bercakap dalam bahasa Jepun ternyata membuatkan cucunya terkejut.

Malah video berdurasi sembilan saat yang menunjukkan wanita itu berkata ‘”Awak nak pergi mana? Saya nak pergi Chenor” dalam bahasa Jepun yang dikongsi cucunya tular di Twitter.

Video perkongsian Muhammad Azli Shafiq itu mendapat lebih 21,000 ulang kicau dan 24,000 tanda suka. Rata-rata memuji kebolehan nenek kepada Muhammad Azli yang petah bercakap dalam bahasa asing itu.

“Tok abang hidup sezaman dengan tok saya ni. Depa buleh nyanyi… cakap Jepun pa semua,” kata Ku Muhammad.

Posting Azli mengenai kebolehan neneknya mendapat perhatian netizen.

“My opah dah hidup during jajahan Jepun dulu. Dulu time tengok Doraemon kat TV and guess what? She read the Japanese characters on screen!,” tulis Whuuuttt.

Menurut Muhammad Azli dia sendiri baru mengetahui neneknya, Esah Kassim yang berusia 87 tahun boleh bertutur dalam bahasa Jepun.

“Saya baru tahu nenek boleh cakap Jepun. Rupanya masa umur 13 tahun nenek dah masuk sekolah Jepun sampailah Jepun habis memerintah.

“Tapi mak tak pernah cerita pasal tu. Lagipun saya jarang borak-borak dengan nenek sebab jarang balik kampung sebab kerja.

“Bila dia datang rumah kami dari kampung, masa minum petang tulah saya borak-borak dengan dia,” katanya kepada mStar.

 

Jelas pemuda berusia 23 tahun itu, neneknya itu tiba-tiba bercakap dalam bahasa Jepun selepas dia bercerita mengenai percutiannya ke negara matahari terbit itu awal bulan lalu.

“Sebenarnya nenek baru datang dari kampung kami di Chenor, Pahang. Masa tengah borak-borak tu saya beritahu dia saya baru balik dari Jepun, sambut new year kat sana.

“Dia excited tanya saya buat apa kat sana. Lepas tu dia tanya kenapa tak bawa dia sekali. Saya ingatkan dia bergurau tengok-tengok dia tiba-tiba cakap Jepun dengan saya.

“Bila dengar tu saya terujalah. Yalah macam kita dengar orang luar cakap bahasa Malaysia kita pun amaze, inikan pulak bila dengar nenek sendiri yang dah tua cakap Jepun,” katanya.

Mengimbau kembali zaman penjajahan Jepun, Muhammad Azli atau lebih mesra disapa Azli berkata neneknya bercerita penduduk kampung hidup dalam ketakutan.

Saya baru tahu nenek boleh cakap Jepun. Rupanya masa umur 13 tahun nenek dah masuk sekolah Jepun sampailah Jepun habis memerintah.

MUHAMMAD AZLI SHAFIQ.

“Masa tu memang strict. Kalau tengah berjalan kaki dekat kampung nak pergi atau balik sekolah kalau nampak askar Jepun semua senyap.

“Ada satu masa nenek cerita dia dan kawan-kawan tengah memancing di bawah jambatan. Dekat atas tu ada trak Jepun lalu. Bila trak tu berhenti tengok mereka sebab bising semua terus senyap sebab t4kut.

“Kita pun tahu mereka (askar Jepun) macam mana. Penduduk kampung memang t4kut kalau jumpa askar Jepun ni,” katanya.

Namun disebalik kep3ritan itu, Azli berkata neneknya meluahkan rasa bersyukur kerana belajar di sekolah Jepun.

Reaksi netizen terhadap posting Azli di Twitternya.

“Nenek cakap dia beruntung sebab banyak belajar dari situ. Sekarang dekat sekolah kena nyanyi lagu Negaraku. Sebenarnya amalan tu dah bermula sejak zaman Jepun lagi.

“Kiranya amalan itu diadaptasi masa zaman Jepun dulu. Waktu tu setiap pagi nenek kata mereka kena nyanyi lagu Jepun, lagu kebangsaan ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Azli berkata dia tidak menduga video yang dimuatnaik sekadar untuk suka-suka itu mendapat perhatian netizen.

“Saya terkejut jugalah sampai kena off notification dekat Twitter. Barulah saya tahu macam mana rasa bila viral. Tak best sebenarnya. Saya jadi rimas.

“Tapi tak sangka ramai juga yang jadi cikgu betulkan apa nenek cakap. Ada kata nenek cakap salah. Orang tua takkan nak expect benda tu perfect.

“Geram jugalah bila baca komen tapi saya tak kisah. Saya ignore je komen yang negatif,” katanya.

 

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.